[VIRAL] K-Pop Vs Tudung: Apa Kesudahan Kepada Kontroversi Konsert B1A4?
Ramai yang geleng kepala, ramai yang menyalahkan K-Pop, ramai yang menyalahkan ketaksuban gadis-gadis terhadap idola mereka dan ramai juga yang bersikap rasional.
Cover image via youtube.com[TERKINI] JAWI Buat 'U-Turn' Tak Jadi Tangkap Gadis Dipeluk Artis K-POP
Image via null
Pusingan U JAWI Terbabit Bagaimanapun Dipersoalkan Beberapa NGO Islam Sambil Menganggap Tindakan Itu Memalukan Dan Akhirnya Hanya Akan Memberi Kesan Buruk Terhadap Mereka
15 Januari: "Pahlawan Melayu" Protes K-Pop Habis-Habisan
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah bersama "Pahlawan Melayu" dalam protes mini yang dilakukan.
Image via null
Mereka Juga Menganjurkan Protes Mini Dengan Membawa Sepanduk Dan Kertas Kadbod, Manakala Sesetengah Daripada Mereka Berpakaian Seperti Pahlawan Melayu Tradisional Dan Pakaian Seragam Tentera
Dalam Masa Yang Sama, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Pula Berkata, "Jangan Hukum Remaja Dipeluk Artis K-Pop Sebaliknya Didik Mereka"
PAS Pula Menggesa Pihak Berkuasa Untuk Menyekat Program Berbentuk Kemungkaran Di Masa Depan
Image via null
Dalam Pada Itu, Kontroversi Ini Turut Mendapat Perhatian Dari Media Antarabangsa Seperti Portal Hiburan KpopStarz, AllKPop, KoreaBoo Dan Banyak Lagi
Image via null
Image via null
Image via null
Nampaknya, kontroversi yang melibatkan aksi peluk cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis berhijab di Malaysia turut mendapat perhatian dari media antarabangsa.
14 Januari: B1A4 Jawab Isu Kontroversi Peluk Cium Peminat
Selepas mendapat kecaman di Malaysia, syarikat naungan B1A4, WM Entertainment menyatakan pendirian mereka mengenai isu hangat yang terjadi baru-baru ini. WM Entertainment melahirkan rasa terkejut mereka terhadap tindak balas yang diterima pada acara itu dengan menyatakan:
*"Mengikuti promosi daripada penganjur acara tempatan, kami menjalankan satu acara di mana lima peminat telah dipilih untuk melakonkan semula babak dalam drama. Acara itu berlaku selepas mendapat persetujuan daripada peserta, yang telah diberikan lebih awal, dan disebabkan sebahagian daripada mereka beragama Islam, pengacara majlis bertanya sekali lagi untuk memastikan yang mereka benar-benar bersetuju sebelum acara dimulakan."
"Suasana menjadi hangat dan ia merupakan satu peristiwa yang berlaku dengan keizinan terlebih dahulu, tetapi kita benar-benar mengakui bahawa perkara seperti ini boleh dilihat melalui kanta yang berbeza. Untuk sesi bertemu peminat pada masa depan di luar negara, kami pasti akan menjadi lebih bertimbang rasa dan berhati-hati dengan budaya tempatan, jadi kita semua boleh dapat menikmati bersama-sama."*
Image via null
Sementara Itu, JAWI Memberi Tempoh Seminggu Kepada Gadis-Gadis Terbabit Untuk Memberi Keterangan Di Pejabat Mereka. Jika Gagal, Waran Tangkap Akan Dikeluarkan.
13 Januari: Gadis Peluk Cium Artis K-Pop Boleh Dipenjara Enam Bulan
Image via null
Sementara Itu, Kertas Siasatan Berhubung Isu Tersebut Telah Dibuka Di Bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam
12 Januari: "K-Pop Merbahaya Kerana Sebarkan Fahaman Liberalisme Dan Kristianisasi"
Image via null
Sementara Itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Akan Mengambil Tindakan Sewajarnya Terhadap Penganjur Konsert Berkenaan
JAKIM Berkata Penganjur Konsert Harus Bertanggungjawab Terhadap Apa Yang Berlaku Kerana Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Telah Pun Diterbitkan Pada 2007
Rasanya, Semua Pun Sudah Sedia Maklum Mengenai Isu Hangat Di Mana Gadis-Gadis Bertudung Dipeluk Dan Dicium Artis K-Pop, B1A4 Bukan?
Image via null
Image via null
Video Yang Dimuat Naik Oleh Sukan Star TV Pada 11 Januari 2015 Mendapat Liputan Meluas Di Facebook Sehingga Mendapat Lebih 45,000 'Share' Dan Lebih 1.7 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam
Image via null
Isu Ini Terlalu Kontroversi Sehingga Munculnya Hashtag #MenentangKejahatanKpop Di Twitter Sekali Gus Mendapat Tempat Pertama Dalam 'Worldwide Trends'
Image via null
Susulan Daripada Itu, Orang Ramai Mula Menuding Jari Kepada Pelbagai Pihak. Tetapi Ada Juga Yang Mempersoalkan Mengapa Isu Ini Perlu Diperbesar Sedangkan Anak Muda Zaman Sekarang Turut Melakukan Perkara Yang Serupa Di Tempat Awam.
Image via null
Image via null
Ada Juga Pihak Yang Mengutuk Penggunaan Perkataan "Mencabul" Oleh Pihak Media
Image via null
Image via null
Saksi Kejadian Yang Hadir Turut Mengutarakan Pendapat. Menurut Mereka, Kumpulan B1A4 Sudah Bertanyakan Kepada Gadis-Gadis Tersebut Sama Ada Mereka Selesa Atau Tidak Dengan Aktiviti Yang Bakal Dilakukan. Namun, Kesemuanya Didapati Memberi "Restu".
Image via null
Image via null
Dalam Pada Itu, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Tidak Melepaskan Peluang Dalam Memberi "Nasihat" Kepada Para Gadis Yang Meminati K-Pop
Image via null
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pula Berpendapat Gila Atau Minat Mendalam Terhadap K-Pop Umpama Pemujaan Guru Ajaran Sesat Yang Melanggar Batas-Batas Agama. Oleh Itu, Sesiapa Yang Terlibat Wajib Bertaubat.
Image via null
Konsert B1A4 Ini Telah Diadakan Pada 10 Januari 2015 Di KL Live Dalam Siri Bertemu Peminat Di Malaysia Yang Dianjurkan Oleh TGM Events
Image via null
Pihak Penganjur, TGM Events Telah Pun Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Di Samping Memohon Maaf Berhubung Isu Hangat Yang Menular Sepanjang Berlangsungnya Konsert Berkenaan. Baca Kenyataan Penuh Di Bawah:
Image via null
