11 Akaun Instagram Dari Malaysia Yang Anda Patut 'Follow' Jika Anda Minat Seni Lukis

Tambahkan perisa tempatan dalam Instagram feed anda.

  • 1. Hesharm Ebrahim

    • Gaya lukisan Hesham Ibrahim adalah landskap yang nampak simple tetapi penuh dengan kemasan terperinci. Gaya ini semakin popular di kalangan pelukis barat, dan siapa sangka, di Malaysia pun ada. Kombinasi lukisan dan pemandangan di negara tercinta memang mantap!

  • 2. Mimi Mashud

  • 3. Emila Yusof

    • A photo posted by Nor Emila (@emilayusof) on

    • Emili Yusof juga popular di kalangan bidang grafik percetakan. Beliau sudah mula menghasilkan buku kanak-kanak dan terkini sudah menerbitkan buku mewarna bagi golongan dewasa. Beliau juga pernah mereka muka depan majalah kembara tempatan, Gaya Traveller.

  • 4. Dani Jamal

    • Gambar di atas telah menjadikan Dani Jamal popular di kalangan pengguna Instagram Malaysia.. Mana taknya, pelakon Fazura seperti yang dilukis dalam gambar di atas telah me'repost' gambar tersebut. Tak hairanlah, tengoklah kualiti lukisan digital beliau. Memang berbakat.

  • 5. Dribblack

  • 6. Sarah Joan Mokhtar

    • Orangnya cantik, dan siapa sangka bakat melukisnya juga cantik. Sarah Joan merupakan seorang pelukis komik profesional. Bukan senang nak jumpa perempuan yang boleh melukis, apatah lagi melukis komik seperti di atas. Memang tabik spring dengan bakat Sarah. Teruskan usaha kamu ya?

  • 7. Miriam Omar

  • 8. Katun

  • 9. Dzarull Jeffry

    • A photo posted by JEFF (@dzarull_jeffry) on

    • Dzarul Jeffry juga seorang pelukis grafiti. Lihatlah lukisannya, ada bahagian yang sharp dan bersegi-segi, dan gaya ini memang ada dalam mana-mana lukisan pelukis graffiti. Tapi walau apa pun, kami memang sukakan lukisan sebegini kerana ada perasaan rebel bila melihatnya.

  • 10. Syukri Shairi

    • Syukri Shairi sering mengembara di luar negara untuk beberapa ketika sebelum pulang ke tanahair. Semasa di luar negara lagi, beliau telah mula membuat siri lukisan ala senibina seperti ini. Nama beliau mula dikenali bila dicadangkan oleh akaun kembara @whatevertherewas kepada para pengikut Instagram mereka.

  • 11. Hsulynn Pang

    • A photo posted by Hsulynn Pang (@hsulynn) on

    • Yey! Seorang lagi pelukis wanita. Hsulynn lebih banyak bermain dengan warna air dan rekaan typography dalam hasil seninya. Lukisan beliau seolah-olah 'mengalir' dan membawa ketenangan jika diperhatikan. Skill typography Hsulynn juga hebat, sekali imbas nampak seperti ia dicetak, bukan dihasilkan dengan tangan. Bonus, dia comel orangnya.

  • Pernah tak anda terima 'friend request' dari ibu anda di laman sosial? Adakah anda approve atau sebaliknya?

Most-read stories today

Leave a comment