Panduan Ketika Berselfie: Jangan ‘Pose’ Di Landasan Keretapi Dan 7 Larangan Lain
Panduan dari Rusia ini diolah semula dengan gambar selfie Nora Danish supaya ia lebih mudah diingati.
Cover image via SAYSTahukah anda, kegilaan berselfie di negara Rusia sangat teruk sehingga berlaku kemalangan dan kematian kerana ramai belia Rusia suka berselfie di kawasan merbahaya?
Image via thestar.com
Kemalangan-kemalangan ini telah menyebabkan kerajaan Rusia membuat kempen berselfie dengan selamat. Diagram panduan berselfie juga telah dikeluarkan.
Image via ephotozine.com
Antara selfie yang dilarang adalah selfie ketika di landasan keretapi, di atas atap kediaman, berselfie bersama senjata, selfie di kawasan berdekatan pencawang elektrik dan ketika berada di kawasan tinggi. Jika diperhatikan, kesemua larangan ini adalah perkara asas atau *common sense* tapi masih harus ditekankan kepada rakyat Rusia.
Sekiranya kempen ini dijalankan di Malaysia, pasti ramai yang akan mengatakan bahawa diagram tersebut membosankan dan kempen tersebut tidak memberi kesan kepada masyarakat
Jadi kami cuba bereksperimentasi dengan panduan yang baru dengan menggunakan Nora Danish sebagai *model*nya.
Image via punyasaya.co
Antara panduan berselfie dengan selamat yang patut kamu patuhi ialah:
1. Jangan berselfie di kawasan tinggi
Image via SAYS
2. Jangan berselfie di tengah-tengah jalan raya
Image via SAYS
3. Jangan berselfie di kawasan landasan keretapi seperti KTM, LRT, Monorail dan ERL
Image via SAYS
4. Jangan berselfie ketika berada di kawasan cerun
Image via SAYS
5. Jangan berselfie ketika menaiki bot atau sampan
Image via SAYS
6. Jangan berselfie berhampiran kawasan pencawang elektrik
Image via SAYS
BONUS: Jangan berselfie ketika bergraduasi
Dan sempena hari raya yang bakal tiba ini, please, jangan berselfie di kawasan perkuburan
Image via wanista.com
