5 Tahun Ke 2020, Masih Nak Jadi Nombor 1 Dalam Bab Bangkit Dan Bergaduh?
IMHO, isu ini hanya melibatkan sorang penjual dan sorang pembeli sahaja pada mulanya. Kemudian menjadi isu negara yang melibatkan perkauman.
Cover image via omakkau.blogspot.comSementara isu #LowYat masih hangat, izinkan saya berkongsi sedikit pendapat. Jujurnya, saya terperanjat, sedih, dan tak faham kenapa perkara sebegini boleh berlaku.
Saya agak sedih apabila isu seperti ini diperbesar dan telah menjadi satu agenda Melayu Vs Cina. Walhal, kes ini sebenarnya bukan berkenaan satu kaum berlawan dengan satu lagi kaum.
Tambahan pula, daripada lambakan komen yang saya baca, kedua-dua "pihak" ini masing-masing mendakwa mereka betul dan tidak mahu mengaku salah.
Siapa yang mulakan sebenarnya? Siapa yang salah sebenarnya? Dua persoalan ini amat sukar untuk dijawab.
Image via Facebook Pencuri Movie
Tak semena-mena, bulan Ramadan yang mulia telah dicemari oleh perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab. Dan sekali lagi, negara kita yang dah cukup huru-hara dengan pelbagai skandal, disodok lagi dengan satu isu besar baru berkenaan perkauman.
Kalau diikutkan, isu ketegangan kaum bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Hari demi hari, tahun demi tahun berlalu pasti ada saja isu tak puas hati antara kaum dilaporkan.
Ironinya, kebanyakan kes sebenarnya bukanlah besar mana. Bila dilihatkan pada isu yang berbangkit, boleh kata semuanya dilakukan demi kepentingan diri sendiri, atau demi mempertahankan kaum yang kadang-kadang langsung tidak relevan.
Image via Facebook Top News
Apa yang lebih menyedihkan? Segala isu yang timbul sekarang ini mesti akan dikaitkan dengan perkauman atau politik, walaupun tak ada kena mengena langsung.
Tidak kiralah daripada isu *road bully*, isu gaduh di tempat awam, isu masalah sosial, dan macam-macam lagi.
Adakah mentaliti orang kita sudah berada di tahap tenat sekarang?
Image via Facebook Pencuri Movie
Orang kita juga lebih suka fokuskan kepada kaum yang terlibat dalam sesuatu masalah, bukan kepada punca, bukan kepada jenayah, bukan kepada keadilan, dan bukan juga kepada penyelesaian
Seperti isu gaduh di Low Yat ini, sudah terang lagi bersuluh ia berkaitan jenayah, bukan perkauman. Tapi orang kita hangatkan dan sensasikan lagi isu ini melalui tajuk "perkauman" serta lebih cenderung untuk mengetahui tentang "kaum mana yang salah, kaum mana yang betul."
Masing-masing juga tidak pernah kenal erti penat dalam menunjuk taring, menzahirkan kudrat kekuatan, dan mempamerkan kepakaran berlawan. Dialah wira, dialah jaguh, dialah raja, dialah yang paling gagah perkasa, dialah yang paling digeruni, dialah yang paling dihormati, dan dialah yang paling disegani.
Image via Facebook IPOH IPOH Ajerr
Image via Facebook IPOH IPOH Ajerr
Mentaliti perkauman sebeginilah yang perlu kita hapuskan sebelum mereka meracuni minda-minda orang lain yang tidak bersalah. Tak kiralah dia Melayu, Cina, India atau siapa-siapa sekalipun. Kita tidak boleh terima sikap perkauman.
Jadi siapa yang mula dulu sebenarnya?
Itu bukanlah isu yang utama. Persoalannya di sini, perlukah sehingga bergaduh, merusuh, merosakkan harta benda awam, dan berlawan antara satu sama lain?
Seperti yang saya sebut tadi, satu-satunya cara yang kita pilih untuk menyelesaikan masalah ialah dengan bergaduh. Padahal, masalah bukannya selesai pun. Jadi makin teruk ada lah! Perlukah kita lakukan perkara sedemikian? Apa yang kita fikir sebenarnya?
Image via www.worldofbuzz.com
Dan yang lebih menarik, orang kita lebih pedulikan sebiji telefon daripada hal-hal negara yang lebih besar seperti skandal 1MDB, kes Wall Street Journal, dan lain-lain. Dek kerana sebiji telefon bimbit Lenovo, orang kita jadi 'gila'!
Ini buktinya:
Tak cukup gila? Yang ini lagi teruk! Sampai kereta pun nak dipecahkan.
Isu perkauman di Malaysia semakin lama semakin teruk. Toleransi seakan-akan semakin pupus di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Apa yang kita nak pun kita sendiri tak tahu.
Image via mforum.cari.com.my
Tak bolehkah kita hidup dalam keadaan harmoni dan selamat tanpa ada sebarang persengketaan antara satu sama lain?
Saya cukup tertarik dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Namewee dalam video di bawah. Cara beliau menjadikan video tersebut berwarna hitam putih menjadikannya lebih berkesan.
Selain Namewee, pelawak tempatan Afdlin Shauki turut memberi pendapat tentang isu ini dan memohon agar rakyat Malaysia hentikan segala sengketa perkauman
Tetapi, dalam pada Afdlin memberi nasihat, masih ada pihak yang seperti tidak faham dan masih bekeras mempertahankan bangsa yang tercinta
Image via Facebook Afdlin Shauki
Image via Facebook Afdlin Shauki
Walau bagaimanapun, masih ada cahaya di hujung terowong. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlulah ada toleransi.
Image via Facebook Muhammad Azim Nadzari
Image via www.facebook.com
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada sebarang penipuan berlaku dalam insiden ini
Dalam laporan polis juga ada mengatakan bahawa pemuda-pemuda yang mengamuk itu dikatakan telah mengambil dadah sebelum masuk ke bangunan Plaza Low Yat
Image via Facebook Raja Mohd Shahrim
Image via Facebook Raja Mohd Shahrim
Image via Facebook Raja Mohd Shahrim
Image via Facebook Raja Mohd Shahrim
