10 Sebab Kenapa Kami Fikir Video 'Campak Duit' Mood Republik Adalah Wayang Semata-Mata

Dah tahu sangat dah.

  • Cover image via SAYS
  • Rasanya bila sebut sahaja "Mood Republik" memang ramai yang tahu. Mana tidaknya, inilah antara festival yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

    Katanya di Mood Republik, pelbagai jenis barangan dijual dengan harga murah dan kebanyakannya vendor adalah daripada jenama-jenama terkenal di tanah air.

    • Seperti tahun-tahun yang sebelumnya sampai ada yang pengsan sebab terlalu ramai orang di sana, pastinya festival kali ini akan mendapat sambutan ramai. Yelah, tambahan pula Year End Sale turut diadakan. Siapa yang tak teruja? Betul tak?

      says.com

  • Tetapi belum pun bermula lagi festival tersebut, semalam satu video yang menunjukkan dua orang vendor mengamuk di sana menjadi viral di laman Facebook. Siap campak duit lagi kepada organizer. Apa yang jadi?

    • Melalui video tersebut katanya vendor terbabit berasa bengang kerana semua booth sudah penuh. Sedangkan dari awal lagi mereka telah membuat permohonan. Bagaimanapun, difahamkan mereka tidak mengikut prosedur yang menyebabkan mereka tidak dapat turut serta dalam festival tersebut.

      Walaupun sudah diterangkan oleh pihak organizer, kedua-dua vendor tersebut tetap berkeras ingin mendapatkan booth di sana kerana lori yang mengangkut barang mereka pun sudah berada di luar.

      "Saya dah bawa duit sekarang. I boleh bayar berapa banyak pun untuk dapatkan booth ni," kata vendor wanita tersebut dalam nada marah.

      Organizer memberitahu ia bukanlah disebabkan masalah duit tetapi tidak semena-mena, vendor tersebut terus mencampak helaian wang kertas yang banyak kepada mereka.

      says.com

    • Vendor tersebut terus berkeras dan ingin berjumpa dengan manager festival berkenaan. Tidak lama kemudian, datang beberapa orang lelaki yang dipercayai merupakan pengawal peribadi organizer tersebut untuk meleraikan pergaduhan.

      Ingatkan bila pengawal peribadi sampai, pergaduhan dapat dileraikan. Tetapi vendor bertindak lebih agresif dengan memarahi seorang pengawal peribadi tersebut yang cuba menyentuhnya.

      Bagaimanapun, setelah 'bergaduh mulut', vendor tersebut akhirnya berlalu pergi. Eh ke mana? Apa jadi selepas tu?

      says.com

  • Bila dah viral, biasalah pasti ramai yang mengutuk tindakan kedua-dua vendor tersebut. Tapi kan... hmmm kami rasa macam a bit fishy dengan video ni. Nampak seperti dibuat-buat. Ok, cuba tonton dulu video ni sampai habis.

    • Ini lah melayu bila banyak duit. Ada duit sikit main baling. Kau tak hormat orang doh.. kau didik bini kau baling duit kat muka orang

      Ingat, duit bukan boleh beli segala-galanya. Pui

      Sumber: fan jsr hantar

      Posted by Uqasha Senrose on Thursday, 22 December 2016
  • Dah tonton? Jadi anda rasa bagaimana? Seperti kami cakap tadi, kami agak curiga dengan video ni. Seolah-olah marketing stunt semata-mata. Apa sebabnya?

  • 1. Bawa duit siap-siap

    • Pelik. Sepatutnya event besar macam ni segala sistem pembayaran semestinya sistematik. Apa yang kami faham, untuk sebarang event, pastinya bayaran deposit dan wang pendahuluan dibuat terlebih dahulu. Dan sebagai vendor, pastinya anda sudah dimaklumkan oleh pihak organiser awal-awal tentang nombor booth yang bakal anda gunakan. Kenapa perlu berpusing-pusing mencari booth tersebut dan juga menyediakan wang. Tak kan buat style walk-in pula?

      says.com

  • 2. Campak duit untuk jadi headline viral

    • Bagi nampak keadaan sangat tegang, duit pun dicampak dengan harapan agar menjadi headline artikel-artikel di media sosial. Dah terang-terang beritahu semua booth dah penuh. Tengok masa baling tu pun tak nampak agresif. Kalau ikutkan drama-drama Melayu, selalu campak duit ni scene klimaks yang mana masa tu betul-betul kemarahan memuncak. Bila tengok perempuan tu campak duit pun dah buktikan lakonan mereka gagal.

      says.com

  • 3. Lelaki baju putih cakap benda yang sama dan sebut pasal bodyguard

    • Kenapa lelaki tu asyik ulang benda yang sama? Sebab dah tak ada point nak cakap. Pelik juga kenapa perlu dia mention perkataan bodyguard? Seolah-olah dia dah tahu kejap lagi ada bodyguard yang datang.

      says.com

  • 4. Betul-betul gaduh depan bunting Mood Republik

    • Macam tak ada tempat lain pula nak gaduh. Elok je bunting tu berdiri tegak dekat situ dan nampak sangat jelas dalam video. Bila dah jatuh ada pula yang angkat betulkan balik. Kenapa? Inilah dinamakan product placement (boleh klik link biru ni). Sebab ni kan event mereka, jadi kenalah highlight lebih.

      says.com

  • 5. Kenapa mesti depan booth Nur Sajat Beauty?

    • Seperti ramai yang tahu, Nur Sajat memang popular dalam bidang bisnes kecantikan. Dan beliau memang mempunyai ramai peminat dan followers. Dengan adanya booth beliau di situ, orang ramai pun mula sedar yang beliau juga akan berada di sana. Mungkin ia satu kebetulan atau pun lagi sekali boleh dianggap product placement juga. Ehem!

      says.com

  • 6. Background music guna lagu promo Mood Republik

    • Untuk make sure penonton melekat di ingatan yang mereka sedang menonton video viral Mood Republik, background music daripada 2NE1 - COME BACK HOME pun dimainkan. Buat pengetahuan anda, lagu ini digunakan untuk video promosi festival tersebut sebelum ini. Link di SINI.

      says.com

  • 7. Tukang rekod dan vendor sebut nama event berkali-kali

    • Lagi sekali, untuk highlight festival ini tukang rakam menyebut beberapa kali nama Mood Republik. Bukan tu saja, vendor pun asyik berkali-kali sebut "Mood Republik kata nak bantu...bla bla bla". Tak ke pelik tu?

      says.com

  • 8. Ada lelaki berbaju purple berulang-alik keluar masuk kamera

    • Anda boleh nampak ada seorang lelaki berbaju purple pegang beg asyik keluar masuk frame. Pertama kali beliau masuk pada minit 5:12 seakan-akan memberitahu bodyguard untuk ketepi kerana menghalang vendor dan banner daripada masuk ke dalam kamera. Minit 5:22 sekali lagi beliau masuk dan kelihatan seperti berbisik dengan vendor perempuan tadi dan terus berlalu pergi. Hmm... suspicious sungguh!

      says.com

  • 9. Guna page Uqasha Senrose untuk viralkan video

    • Biasalah, nak viral kenalah guna medium yang betul. Nampaknya pemilihan pihak Mood Republik menggunakan page Uqasha Senrose, betul-betul menjadi. Sehingga sekarang video tersebut telah menerima lebih 6 ribu shares dan hampir 500 ribu tontonan. Lepas video tu viral, page tersebut tetap update pasal Mood Republik. Kalau tak percaya boleh pergi ke page tu sekarang!

      Page: Uqasha Senrose

      says.com

  • 10. Campak duit sebenarnya ada sebab

    • Inilah sebenarnya sebab kenapa 'campak duit' jadi isu utama dalam video tersebut. Sebab di sana sekarang ada hujan duit. Yes, hujan duit! Buat pengunjung yang berada di sana mereka akan dihujani dengan duit yang akan dicampakkan ke ruangan udara. Apa lagi berebut-rebutlah pengunjung dibuatnya. Nampak tak disebalik simbolik campak duit tu apa sebabnya?

      Halusss je marketing diorang ni kan? Hehe.

      Tonton video hujan duit di bawah:

      says.com

    • Seronoknya korang dapat hujan duit sambil berRAMAS mesra

      Duit singgit-singgit je pun sampai membiarkan diri dinodai.Padunya

      Video penuh di ruangan komen

      Sumber: @lawra

      Posted by Uqasha Senrose on Thursday, 22 December 2016
  • Nampaknya, marketing stunt ini memang berjaya sebab tak pasal-pasal semua orang bercakap tentang Mood Republik dan share video tersebut.

    So, agak-agak berapa bintang Nora nak bagi ni?

  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Sebelum ni pun ramai guna method yang sama:

Leave a comment