6 Perkara Sihat Tentang Cinta Yang Doktor Tak Pernah Beritahu

Nak bercinta boleh tapi lebih elok kalau tahu kebaikannya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via tumblr.com

1. Cinta membantu anda hidup lebih lama dan juga menjadi lebih matang

Apabila anda jatuh cinta, ia sebenarnya baik untuk jantung dan kesihatan mental anda. Ini kerana **tahap dopamin yang meningkat** membantu anda rasa lebih gembira.

**Mengikut [kajian](http://psychcentral.com/blog/archives/2015/04/27/7-scientifically-proven-ways-love-transforms-your-brain/)**: Apabila seseorang itu berasa gembira, dia akan lebih berfikiran positif, lebih matang dan ini membawa kepada jangka umur yang lebih panjang.

Image via

2. Cinta menjadikan wajah anda menjadi lebih bersinar…

Pernah tak anda dengar orang cakap "Bukan main bersinar muka dia. Biasalah, orang tengah bahagia."

**Mengikut kajian**: Apabila seseorang itu dilamun cinta, badan anda akan melepaskan pelbagai jenis hormon termasuklah **hormon endorfin** dan hormon ini membantu anda menjadi lebih gembira dan kelihatan lebih bersinar.

Image via

3. Dan cinta dapat mengurangkan stress

**Mengikut kajian**: Hormon endorfin juga membantu **mengurangkan tahap hormon kortisol** iaitu hormon yang dilepaskan semasa anda berasa tertekan. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan *stress*. Jadi, kurang tekanan, kuranglah jerawat!

Image via

4. Cinta juga dapat mengurangkan tekanan darah

**Mengikut kajian**: Sentuhan orang yang tercinta dapat mengurangkan tekanan darah. Ini kerana apabila anda menyentuh pasangan anda, badan anda akan melepaskan hormon **oxytocin**. Hormon ini membantu anda rasa lebih tenang dan menggalakkan badan serta otak anda menjadi lebih sihat.

Image via

5. Cinta membuat anda rasa lebih yakin

**Mengikut [kajian](http://www.thehealthsite.com/sexual-health/10-health-benefits-of-being-in-love-pa0215/)**: Otak orang yang dilamun cinta melepaskan satu jenis kimia yang dipanggil sebagai **dopamin** dimana ia memberi kesan yang sama sekiranya seseorang itu dibawah pengaruh dadah.

Dengan kesan ini, anda akan kurang rasa bimbang dan pada masa yang sama, anda akan menjadi lebih yakin tentang diri anda.

Image via tumblr.com

6. Cinta pulihkan luka dengan lebih pantas

Ramai yang percaya cinta penyebab luka yang lara. Tetapi, tahukah anda bahawa cinta sebenarnya boleh merawat luka?

Luka yang dimaksudkan di sini adalah kecederaan fizikal. Satu kajian mendapati luka lebih cepat sembuh apabila seseorang itu sedang dilamun cinta berbanding seseorang yang sedang sunyi.

**Mengikut kajian**: Ia dipercayai bahawa sel *cytokines* yang dikeluarkan apabila seseorang itu dalam keadaan sedih atau sunyi melambatkan penyembuhan kecederaan. Sekiranya anda sedang dilamun cinta, sel *cytokines* yang dikeluarkan menjadi lebih kurang dan sebab itulah luka anda akan sembuh dengan lebih pantas.

Image via youtube.com

Selain daripada membantu anda menjadi lebih sihat, apa lagi yang berlaku setiap kali anda dilamun cinta? BACA DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: