Bosan Dengan Sukan Biasa? Cuba 7 Aktiviti Ini Di Sekitar Kuala Lumpur
Anda bosan dengan sukan seperti bola sepak dan tennis? Cuba aktiviti seperti ini pula.
Cover image via elle.my1. Lompat trampoline di Jump Street Park
Image via youtube.com
**Jump Street** adalah sukan yang membolehkan anda untuk melompat dengan apa cara atau gaya sekalipun.
**[Jump Street Park](https://jumpstreetasia.com/)** di Malaysia terletak di **Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya**. Jangan risau jika anda tak pernah lompat di atas *trampoline* sebelum ini. Ia dikelilingi oleh pelbagai jenis *trampoline*, jadi ia selamat dan merupakan sukan yang amat menyeronokkan untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.
2. Berguling-guling di dalam Zorb Ball atau Orbing Ball
Image via youtube.com
3. Cabaran District 21
Anda gemarkan sukan yang menyeronokkan tetapi mencabar? Anda boleh cuba aktiviti di [District 21](https://www.facebook.com/district21park) yang terletak di **IOI Mall**, Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang disediakan disini adalah seperti *The Maze* dimana anda perlu melalui jalan yang dikelilingi dengan terowong dan juga kurungan. Selain itu, anda boleh mencuba *Free Fall* iaitu aktiviti dimana anda seolah-olah membuat lompatan payung terjun.
Image via groupon.my
4. Berluncur cara bodyboard di Sunway Lagoon
Sekiranya anda teringin untuk meluncur air tetapi tak pasti bagaimana, anda boleh mencuba *bodyboard* di [Sunway Lagoon](http://www.sunwaylagoon.com/), Subang Jaya.
Image via youtube.com
5. Buktikan kehebatan anda dengan cabaran SkyWarrior Rainforest
Anda teringin nak masuk 'American Ninja Warrior'? Kini anda tak perlu lagi hanya berangan. Anda boleh cuba cabaran yang disediakan di [Skyrides Festivals Park](https://www.facebook.com/skyridesfestivals?fref=photo), Putrajaya untuk buktikan kehebatan anda.
6. 'Terbang' bersama pasukan Quidditch Malaysia!
Jika anda fikir sukan *Quidditch* hanya wujud dalam cerita 'Harry Potter' sahaja, anda salah. Sukan *Quidditch* wujud dan ianya ada di Malaysia. Walau bagaimanapun, jangan risau, sukan ini tidak memerlukan anda untuk terapung di udara.
*[Damansara Dementors](https://www.facebook.com/DamansaraDementors?fref=ts)* adalah sebuah pasukan *Quidditch* di Malaysia dan mereka akan mengadakan latihan di **Central Park**, Bandar Utama, Damansara pada setiap hari Ahad. Sekiranya anda berminat, anda boleh datang dan cuba sendiri sukan ini.
Image via youtube.com
7. Meredah hutan dengan menaiki All Terrain Vehicles (ATV)
Bagi yang sukakan sukan motosikal atau basikal, anda boleh cuba *[All Terrain Vehicles (ATV)](https://www.facebook.com/atvsns)*. Ia terletak di **Jalan Hijau Serindit, U9/68, Seksyen U9, 40150 Shah Alam** dan amat sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti lasak melibatkan alam semula jadi.
Image via Facebook 'ATV Sports & Style'
Jadi, cubalah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan ini dan kekal sihat!
Image via www.elle.my
