Gambar Majlis Perkahwinan Mewah Anak Datuk Seri Najib Tersebar Di Laman Sosial
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebab dapat menantu baru.
Cover image via FacebookGambar perkahwinan puteri sulung Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tersebar di laman sosial selepas hampir seminggu ia berlangsung
Image via Facebook
Image via Facebook
Dimaklumkan bahawa para tetamu dilarang merakam sebarang gambar atau video pada majlis tersebut
Image via Facebook
Image via Facebook
Walau bagaimanapun, salah seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar majlis itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Mac 2015 lepas.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan suasana serta dekorasi mewah majlis perkahwinan tersebut yang dipenuhi gubahan bunga
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Majlis akad nikah Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah disempurnakan di Seri Perdana, Putrajaya pada 19 Mac 2015
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Setelah empat tahun mengikat tali pertunangan, kini pasangan itu selamat diijabkabulkan.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah turut berangkat ke majlis tersebut
Selain itu, turut berangkat, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Juga hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, dan menteri-menteri Kabinet.
Arahan melarang sebarang bentuk rakaman ketika majlis meraikan detik bersejarah itu telah tertera pada kad jemputan
Image via Facebook
Petikan di dalam kad jemputan itu berbunyi:
"Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama. Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain. Kerjasama dan keprihatinan anda sangat dihargai."
