12 Hidangan 'Power' Yang Wajib Anda Cuba Bila Di Bangi

Memang 'food hunting' la cerita dia! :D

  • 1. Ikan Patin Tempoyak @ Gulai Kampung

    • Untuk anda yang gilakan hidangan tradisional Pahang ini, pastikan anda order semangkuk Ikan Patin Tempoyak di sini! Dengan ikannya yang berlemak dan kuahnya yang likat, memang tidak hairanlah mengapa restoran ini cukup popular sebagai pilihan makan tengah hari.

      Alamat: Gulai Kampung, No. 6B, Aras G, Jalan Medan PB 5, Seksyen 9

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 6 petang (Isnin - Ahad)
      12 tengah hari - 6 petang (Jumaat)

      No. Telefon: +6013 670 2204

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 2. Nasi Beriani @ Restoran Anje Beriani Bangi

    • Nasi Beriani power di sini memang wajib dicuba! Nikmati portion yang besar dan pilihan lauk yang menyelerakan, seperti Kari Ayam dan Kurma Kambing.

      Alamat: Restoran Anje Beriani, No. 13, Jalan 15/1C, Seksyen 15

      No. Telefon: +6013 742 8160

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • 3. Sup Urat Keting @ Sup Urat Ketin

    • Hidangan istimewa di sini ialah Sup Urat Keting iaitu sup yang direbus bersama urat kaki lembu. Supnya yang kaw dan sedikit pedas ditambah pula dengan kepingan urat keting yang lembut menjadikan hidangan ini cukup sedap dinikmati lagi-lagi di hari hujan.

      Alamat: Sup Urat Ketin, No. 20, Aras G, Jalan 15/1E, Seksyen 15

      Waktu Operasi: 9 pagi - 1 pagi (setiap hari)

      No. Telefon: +6012 735 7678

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

  • 4. Ayam Penyet Bakar @ Pondok Malindo

    • Minat masakan Indonesia? Jom ke Pondok Malindo untuk nikmati hidangan Ayam Bakar Penyet yang cukup menyelerakan ini. Ayam berempah dibakar ini dihidang lengkap bersama nasi putih, sup, tempe goreng dan sayuran.

    • Untuk yang sukakan hidangan berkuah pula, jangan lupa untuk cuba Lontong Malindo. Hidangan yang sedap berlemak ini sedap dimakan panas-panas!

      Alamat: Pondok Malindo, No. 8, Aras G-01 Jalan Medan PB 2A Medan PB2, Seksyen 9

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)
      (Tutup setiap Selasa)

      No. Telefon: +603 8912 9695

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 5. Creamy Butter Dory Fish @ Cartel Coffee Shop

    • Untuk yang in the mood for seafood, cubalah Creamy Butter Dory Fish di kafe moden ini. Ikan Dory yang digoreng hingga keemasan ini dihidangkan dengan sos Creamy Butter dan nasi putih. Memang padu!

    • Peminat kopi pula jangan terlepas untuk mencuba minuman Signature Columbian Latte di sini. Kombinasi kopi dan ais krim yang digunakan menjadikannya seakan-akan dessert!

      Alamat: Cartel Coffee Shop, No. 11, Jalan 15/1D, Seksyen 15

      Waktu Operasi:
      10 pagi - 12 malam (Selasa - Ahad)
      (Tutup setiap Isnin)

      No. Telefon: +6017 390 3848

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 6. Daging Tetel Goreng Jintan @ BungaLawang Cafe

    • Restoran yang menyediakan lauk-pauk berinspirasikan masakan ibu ini menyajikan lauk Daging Tetel Goreng Jintan yang cukup unik rasanya. Kepingan daging berlemak yang ditumis bersama rempah dan cili ini wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali!

      Alamat: BungaLawang Cafe, No. 50, Aras G, Jalan 7/7B, Section 7

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 12 malam (Selasa - Jumaat)
      9 pagi - 12 malam (Sabtu & Ahad)
      (Tutup setiap Isnin)

      No. Telefon: +603 8922 9921

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

  • 7. Peruvian Chicken @ Denali & Pinnacles

    • Kafe comel ini cukup popular dengan pilihan masakan Barat yang sedap dan berpatutan, contohnya hidangan Peruvian Chicken ini. Pilih side dishes yang diingini dan nikmati ayam panggang anda bersama sos Jalapeno Mayo. Lain macam sedapnya!

      Alamat: Denali & Pinnacles, Lot 1-4, Aras 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Off Jalan 3/70

      Waktu Operasi:
      5 petang - 2 pagi (Isnin - Ahad)
      (Tutup setiap Selasa)

      No. Telefon: +603 8912 5936

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

  • 8. Sate @ Maharaja Satay

    • Yang ini pula khas untuk peminat sate! Nikmati sate ayam dan daging yang lembut dan penuh flavour di sini, dicicah pula dengan kuah kacang likat. Simple dan sedap!

      Alamat:
      Maharaja Satay, Lot 59, Aras G, Jalan 7/7C, Seksyen 7

      Waktu Operasi: 4.30 petang - 11 malam (setiap hari)

      No. Telefon: +6013 360 0508

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

  • 9. Bazooka Burger @ Port Cafe

    • Untuk yang berselera besar bolehlah cuba Bazooka Burger di sini! Burger bakar double patty ini dilengkapkan lagi dengan cheese, sayuran dan bun burger yang fluffy dan buttery.

      Alamat: Port Cafe, No.7, Aras G, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9

      Waktu Operasi:
      12.30 tengah hari - 11 malam (Isnin - Jumaat)
      1.30 petang - 1 pagi (Sabtu & Ahad)
      (Tutup setiap Selasa)

      No. Telefon: +6016 555 6020

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook

  • 10. Oreo Vanilla Waffle @ Paramount Coffee House

    • Mengidam something sweet? Kunjungi kafe ini untuk pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Oreo Vanilla Waffle ini. Waffle lembut ini dihidangkan bersama ais krim vanilla, buah strawberi segar, sos coklat dan serbuk Oreo.

      Alamat: Paramount Coffee House, No. 7-47-01 Seksyen 9, Jalan Medan Pusat Bandar 8A

      Waktu Operasi: 8 pagi - 10.30 malam (setiap hari)

      No. Telefon: +6013 290 0067

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 11. Basque Burnt Cheesecake @ The Caravan Cafe

    • Terkenal dengan pilihan dessert moden yang cukup menyelerakan, kunjungan ke kafe ini tidak lengkap tanpa mencuba Basque Burnt Cheesecake yang dihidangkan bersama krim putar dan berries ini!

      Alamat: The Caravan Cafe, No. 15, Aras G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9

      Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11.30 malam (setiap hari)

      No. Telefon: +603 8211 3909

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 12. Pavlova Cake @ Little White Cafe

    • Jangan lupa untuk cuba Pavlova Cake di kafe berinspirasikan dekor British ini. Kek berlapiskan meringue, krim putar dan coklat ini dilengkapkan lagi dengan sos strawberi untuk menyedapkan lagi dessert istimewa ini.

    • Yang sukakan macarons juga bolehlah cuba pelbagai perisa yang disediakan di sini.

      Alamat: Little White Cafe, No. 13, Jalan Medan Pusat Bandar 4A

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 10 malam (Selasa - Khamis)
      3pm - 10pm (setiap Jumaat)
      Tutup setiap Isnin

      No. Telefon: +603 8211 5369

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

  • Dah cuba di tempat-tempat ini?

Most-read stories today

Leave a comment