Inilah Sebabnya Kenapa Kita Dilarang ‘Update’ Lokasi Percutian Di Laman Sosial. Bahaya!

Kecuaian seperti ini telah mengakibatkan sepasang suami isteri ini kerugian sebanyak RM1.5 juta.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blue Barn

Keinginan pasangan suami isteri ini berkongsi keindahan percutian mereka dengan pengikut Instagram bertukar menjadi kejadian yang merugikan

Jessica Michibata dan Jenson Button.

Image via

Jessica Michibata, isteri kepada pelumba F1 Jenson Button telah memuat naik gambarnya yang sedang memakai cincin pertunangan berharga USD 388,000 (RM1.5 juta) ke laman Instagram

Tidak lama kemudian dilaporkan villa percutian suami isteri ini telah dipecah masuk dan cincin pertunangan itu telah dilarikan

Modus operandi yang digunakan oleh perompak adalah melepaskan gas di villa percutian mereka yang terletak di selatan Perancis itu, sebelum merompak mangsa. Gas itu mungkin menyebabkan mangsa tidur lena dan tidak sedar yang diri mereka dirompak.

Cincin pertunangan berharga RM1.5 juta.

Image via www.mirror.co.uk

Atas dasar ingin tahu, penulis portal The Next Web News, Amanda Connoly telah melihat profil Instagram Jessica Michibata. Kemudian beliau menemui punca kejadian.

Dari situ dia dapati yang gambar cincin pertunangan Jessica itu telah dipinkan di *photomap*, yang menunjukkan lokasi villa percutian mereka. Pada pendapat Amanda, ini adalah suatu kesilapan besar yang telah menyumbang kepada kehilangan cincin pertunangan yang mahal itu.

Perompak di zaman moden semakin pintar dan tahu menggunakan laman sosial, jadi tindakan Jessica memuat naik gambar seolah-olah memberi mereka peluang dan memudahkan perompak untuk *buat kerja*.

Amanda juga mendapati Jenson Button sebaliknya tidak *link*kan sebarang gambar beliau ke photomap.

Mungkin kejadian yang berlaku adalah kebetulan tetapi ada kemungkinan ia dapat dielakkan sekiranya Jessica lebih berhati-hati apabila memuat naik sebarang gambar atau info ke laman sosial, apatah lagi mereka memang dikenali umum sebagai pasangan yang kaya.

Fungsi geo tagging yang boleh dilihat di Instagram Jessica.

Image via thenextweb.com

Menurut portal digitaltrends.com, memang sangat mudah bagi penjenayah untuk mengetahui lokasi anda jika anda menggunakan fungsi geotagging yang terdapat dalam telefon pintar

Image via petapixel.com

Memang tak salah jika ingin berkongsi gambar percutian di laman sosial, cuma elakkan meletakkan maklumat peribadi yang keterlaluan seperti nombor rumah atau lokasi

Jika anda telah mengaktifkan fungsi *geo-tagging* di laman sosial, masih belum terlambat untuk anda *disable* fungsi tersebut. Langkah-langkahnya:

Image via

Jadi selepas ini, tak salah kalau nak kongsi gambar percutian di laman sosial cuma ingat, jangan sekali-kali kita biarkan fungsi geotagging ini menjejaskan keselamatan kita semasa bercuti.

Image via

Selain daripada itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak muat naik gambar boarding pass. Apa sebabnya?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: