Kisah Ahmad Faizal, ‘Runner’ Yang Terima Upah Seikhlas Hati Tanpa Paksaan
Inilah yang kita gelar 'faith in humanity restored'.
Cover image via Facebook Ahmd FzlDalam pada kita terlalu banyak dihidang dengan berita-berita negatif, kali ini apa kata kami paparkan kepada anda kisah seorang runner yang boleh kita sama-sama jadikan teladan
Nama diberi ialah Ahmad Faizal bin Murtadza, seorang bapa anak satu yang bekerja sepenuh masa sebagai seorang runner
Image via Facebook Ahmd Fzl
***Runner*** ialah pekerjaan membeli dan menghantar barang seperti yang diminta oleh pelanggan, tidak kira barang apa sekalipun termasuk barang dapur, bunga, coklat, *teddy bear*, dokumen, dan macam-macam lagi. Selepas menghantar barang, **runner** akan diberi upah.
Mendirikan rumah tangga hampir setahun, Ahmad Faizal pada mulanya bukan bekerja sebagai seorang runner seperti sekarang. Namun takdir seolah-olah memaksanya untuk memilih jalan itu.
Image via Facebook Ahmd Fzl
Sehingga pertengahan tahun lalu, Faizal merupakan seorang peniaga kecil-kecilan. Beliau menjual Nasi Lemak, Nasi Tomato, Rojak, dan juga kuih-muih di bazar Ramadan dan di tepi jalan.
Image via Facebook Ahmd Fzl
Tetapi, selepas isterinya sarat ingin bersalin, Faizal berhenti meniaga dan hanya duduk di rumah tanpa pekerjaan dan tanpa sebarang gaji tetap
Image via Facebook Ahmd Fzl
Sedang bosan duduk di rumah tidak buat apa-apa, Faizal tiba-tiba mendapat ilham dan berasa adalah lebih baik jika dia dapat bantu meringankan beban orang lain
Image via Facebook Ahmd Fzl
Daripada situlah Faizal membuat keputusan menjadi seorang runner. Dan disebabkan tiada pengalaman, Faizal tidak meletakkan harga upah. Sebaliknya, pelanggan boleh bayar mengikut keikhlasan hati.
Image via Facebook Ahmd Fzl
Walaupun penat menunggang motosikal sekitar kawasan Lembah Klang setiap hari, Faizal berasa sangat gembira dan puas hati apabila pelanggannya mengukir senyuman setelah barang yang dipesan berjaya dihantar.
Namun begitu, pernahkah Faizal menerima upah terlalu sedikit yang tidak setimpal? Seperti runner yang lain, Faizal juga tidak terlepas kerana masih ada segelintir pelanggan yang cuba mengambil kesempatan.
Berkat penat lelahnya selama ini, Faizal akhirnya berjaya menubuhkan syarikat runner sendiri yang diberi nama Ahmd Fzl Service Runner. Di atas sifat jujur Faizal, kini semakin ramai yang ingin sertainya menjadi runner.
Nampaknya, perniagaan Faizal semakin dikenali ramai dan semakin maju. Lihat saja pada post Faizal di bawah, khidmat beliau telah fully booked untuk beberapa hari akan datang.
Itulah dia Faizal, seorang runner dengan hati emas. Kisah inspirasi beliau telahpun diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 21 Februari 2015.
Image via Facebook Ahmd Fzl
Image via Facebook Ahmd Fzl
Kepada Faizal, kami di SAYS ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana usaha anda yang tidak kenal penat lelah dalam berbakti kepada masyarakat. Semoga terus berjaya dan sukses dalam dunia runner.
Majulah *runner* untuk negara. Kipidap!
Image via Facebook Ahmd Fzl

