Meriah! Tun M Sambut Hari Jadi Ke-90 Dengan Elsa, Maleficent, Dan Ramai Lagi
Datuk kita belum tentu mahukan sambutan hari jadi sebegini.
Cover image via mynewshub.ccTun Mahathir, seorang ikon yang begitu berpengaruh di Malaysia malah di seluruh dunia kini sudah pun berusia 90 tahun
Image via www.panoramalangkawi.com
Tanpa kita sedar, usia bekas perdana menteri Malaysia yang disanjungi ramai ini telah mencecah angka 90. Jika dipanjangkan umur, 10 tahun lagi Tun M akan berusia 100 tahun!
Tapi jika dilihatkan pada rupa dan perwatakan beliau, Tun M tidak ubah seperti seorang yang berumur 70 tahun kerana personaliti beliau langsung tidak dimamah usia. Setuju?
Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Tun M meraikan hari jadinya yang ke-90 dalam satu majlis yang begitu meriah sekali dengan kehadiran puluhan orang ternama
Supermodel Malaysia, Amber Chia sempat merakam gambar kenangan bersama Tun M.
Image via Facebook Amber Chia
Mantan ketua kerajaan itu segak bergaya dengan pakaian tuxedo suit ala-ala James Bond; turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali anggun berbaju kurung Melayu
Image via www.themalaysianinsider.com
Image via theunspinners.blogspot.com
Lebih menarik, parti hari jadi Tun M juga dimeriahkan dengan kehadiran Elsa, Wolverine, Maleficent…
Image via mynewshub.cc
…dan sesetengah karakter dalam filem 'Alice In Wonderland'
Image via mynewshub.cc
Memang *cool!* Walaupun sudah berusia 90 tahun, jiwa Tun M dilihat sama seperti orang muda lain yang meminati watak animasi dan filem dari Hollywood.
Cuba bayangkan kalau datuk kita sambut hari jadi, adakah dia akan mengalu-alukan kedatangan makhluk-makhluk berambut merah seperti dalam gambar di atas?
Majlis turut diceriakan lagi dengan persembahan, upacara tiup lilin dan makan kek, dan macam-macam lagi
Image via twitter @intankmrainiah
Image via twitter @intankmrainiah
