Peluang Anda Nikmati Keindahan Panorama Kaabah Secara Percuma Kini Terlaksana
Alami sendiri suasana bumi suci yang tenang ini, pada bila-bila masa walau di mana pun anda berada.
Cover image via gfycat.comBagi yang pernah mengunjungi Mekah, samada untuk menunaikan haji atau umrah, pasti rindu untuk ke tanah suci itu kembali
Hanya mereka yang berkemampuan, terutama dari segi ekonomi wajib menunaikan haji. Bagi yang masih belum ada rezeki, pastinya ternanti-nanti bila akan diberi peluang oleh Sang Pencipta untuk sama-sama merasai ketenangan di tanah suci itu
Image via thepatriots.my
Namun syukurlah, dengan kewujudan laman web shutterksa.com ini, akan terubat rindu atau hajat di hati untuk melihat sendiri keindahan Kota Mekah, kota suci seluruh penganut agama Islam
Image via shutterksa.com
Image via shutterksa.com
Teknologi laman web milik Wessam Hassanin yang seakan-akan Google Street ini mempunyai visual 3 dimensi yang akan membuatkan pengunjung merasakan seolah-olah mereka berada sendiri Tanah Suci
Untuk menikmati panorama 360 darjah ini, pengguna hanya perlu menggerakkan kursor tetikus ke mana-mana arah, dan visual akan memaparkan keadaan pada arah yang dipilih itu. Visual ini bukan hanya boleh dilihat pada komputer, tetapi juga boleh dinikmati di telefon bimbit anda.
Image via shutterksa.com
Terdapat dua pilihan view dalam laman web ini, iaitu Mekah dan Madinah, tetapi sempena Ramadan ini ada satu view tambahan, iaitu suasana Ramadan di Tanah Suci Mekah
Image via shutterksa.com
Jika anda memilih Mekkah, anda akan ditawarkan dengan dua pilihan view yaitu Atap Kaabah dan Yemeni Corner. Yemeni Corner adalah salah satu sudut pada bangunan Kaabah.
Dan kalau anda memilih Madinah, anda akan ditawarkan gambar suasana makam Rasulullah SAW.
Image via shutterksa.com
Ini pula suasana Ramadan di Kota Suci Mekah. Nampaknya memang sangat seronok dan meriah.
Image via shutterksa.com
Walaupun pengalaman 3D ini pastinya tidaklah sama seperti pengalaman ketika berada di Tanah Suci itu sendiri, tetapi sekurang-kurangnya tercapai sedikit hajat di hati
Image via malaysianwings.com
