6 Restoran Masakan Vietnam Mesti-Cuba Untuk Anda Yang Sukakan Pho, Bahn Mi & Banyak Lagi

Kelas memasak pun ada!

  • 1. Super Saigon

    • Restoran elegan serba biru ini menyajikan pelbagai pilihan Vietnam menyelerakan! Untuk yang sukakan Pho, anda boleh nikmati hidangan noodles ini dengan sedikit kelainan di sini iaitu dengan tambahan kuah sate pedas. Yang sukakan sandwic Banh Mi dan salad noodles Bun Cha boleh juga cuba semuanya di sini!

      Cawangan: TTDI | Sri Hartamas

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 2. Du Viet

    • Pelbagai hidangan Vietnam klasik boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan di restoran popular ini. Selain Pho, anda boleh juga mencuba Spring Rolls, Vietnamese Seafood Fried Rice dan Hanoi-Style Noodles With BBQ Beef. Lengkapkan lagi sesi makan anda dengan secawan Vietnamese Coffee!

      Cawangan: Uptown Damansara | KLCC | Sunway Pyramid 

      Status: Pork-free

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 3. Pho Hoa Noodle Soup

    • Restoran Vietnam popular ini menumpukan menunya kepada hidangan Pho. Anda boleh pilih isian yang diingini untuk sup anda, termasuklah hirisan daging, meatballs, perut, urat dan bermacam-macam lagi.

      Cawangan: The Curve | Setia City Mall

      Status: Pork-free

  • 4. Viet Ngon @ Amcorp Mall

    • Kafe santai bertempat di Amcorp Mall ini menghidangkan masakan Vietnam sedap yang juga budget-friendly. Antara hidangan istimewa di sini termasuklah Rice Paper Roll yang digoreng rangup dan juga Chicken Mixed Noodles.

      Alamat: Viet Ngon, No. 18, Aras LG, Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya

      Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam (setiap hari)

      No. Telefon: +6019 475 7311

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 5. VietThai @ TTDI

    • Sukakan kedua-dua masakan Vietnam dan juga Thai? Di sini, anda boleh dapatkan hidangan best of both worlds! Pilih daripada pembuka selera padu seperti Vietnamese Spring Rolls, dan untuk hidangan utama pula, Lemongrass Chicken Chop memang wajib anda cuba.

      Alamat: VietThai, No. 4, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 3 petang, 6 petang - 11 malam (Isnin - Jumaat)
      11 pagi - 11 malam (Sabtu & Ahad)

      No. Telefon: +603 7733 7718

      Status: Pork-free

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • 6. Sao Nam Vietnamese Cuisine @ Bukit Bintang

    • Restoran simple dan minimalis ini cukup popular dengan hidangan masakan Vietnam yang menarik. Antara hidangan yang perlu anda cuba ialah Banh Xeo iaitu pancake telur berinti ayam, udang dan sayuran segar. Rugi kalau tak cuba!

      Alamat: Sao Nam Vietnamese Cuisine, No. 25, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

      Waktu Operasi: 12.30 tengah hari - 2.30 petang, 7 malam - 10.30 malam

      No. Telefon: +603 2144 1225

      Status: Pork-free

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • Bonus: Kelas Memasak Hidangan Vietnam @ From Mai Home, Subang Jaya

    • Untuk anda yang ingin cuba memasak hidangan Vietnam anda sendiri, kelas memasak home-based di Subang Jaya ini berkongsi pelbagai resipi menarik seperti Pho dan Hanoi Rolls. Servis penghantaran juga disediakan untuk beberapa hidangan istimewa mereka seperti Banh Mi dan Lemongrass Chicken Sticks. Klik sini untuk dapatkan maklumat jadual kelas memasak seterusnya.

      Alamat: USJ 2, Subang Jaya

      No. Telefon: 017 289 5658

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

  • Dah cuba tempat-tempat ini?

Most-read stories today

Leave a comment