Sungai Bangang Dan 10 Lagi Tempat Yang Cantik Gila Di Malaysia Tapi Namanya Sangat WTF!

Inilah yang dinamakan indah rupa dari khabar. Jom kita layan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

1. Sungai Bangang

Image via SAYS

Image via SAYS

Image via SAYS

Tidak ramai yang mampu sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ia sering digabungkan kepada singkatan CBL yang terletak di Terengganu.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Untuk sampai ke Sungai Bangang ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

2. Gunung Besar Hantu

Air terjun Lata Kijang.

Image via www.welom.org

Gunung Besar Hantu terletak di Jelebu, Negeri Sembilan dan merupakan gunung tertinggi di negeri itu dengan ketinggian 1,461 meter dari aras laut. Trek gunung ini juga akan menemukan pendaki dengan air terjun Lata Kijang, iaitu salah satu air terjun tertinggi di Semenanjung Malaysia.

3. Pulau Kentut Besar / Kentut Kecil

Image via 500px.com

Kedua-dua pulau ini terletak di perairan Pulau Langkawi. Ia merupakan dua di antara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.

4. Pulau Babi Tengah

Image via batubatu.com.my

Image via robertchaen.com

Pulau Babi Tengah atau Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian. Ia terletak sembilan batu nautika dari luar pantai Mersing di Laut China Selatan di luar kawasan pantai timur Johor. Perjalanan dari jeti bot Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit.

Dalam tahun 70-an, pulau ini terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal tahun 80-an.

5. Pulau Babi Besar

Image via www.flickr.com

Pulau Besar, yang sebelum ini dikenali sebagai Pulau Babi Besar, adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Ia juga boleh diakses dengan bot dari bandar Mersing (kira-kira 30 minit). Titik tertinggi di pulau ini mempunyai ketinggian 258 meter (845 kaki) dari aras laut.

Ia dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, dan mempunyai ciri-ciri yang tenang, pantai yang bersih, pasir putih dan air biru jernih.

Image via SAYS

Image via SAYS

6. Pulau Timba Timba

Pemisah laut dalam satu garisan.

Image via shahrilshalji.blogspot.my

Image via www.flickr.com

Pulau Timba Timba merupakan salah satu gugusan pulau kecil yang terletak di kawasan perairan Semporna, Sabah. Antara tarikan popular di sini ialah satu garisan pemisah laut yang boleh dilihat dengan begitu jelas. Warna biru gelap dan warna biru terang seakan-akan terpisah dengan kemas dalam satu jajaran lurus.

7. Pulau Bum Bum

Image via jomlahcuti.com

Pulau Bum Bum dengan keluasan kira-kira 40 kilometer merupakan pulau kedua terbesar di Teluk Darvel yang terletak di Semporna, Sabah. Ia dihuni oleh kaum Bajau, sebuah kumpulan etnik pribumi tradisional yang tinggal di laut. Hanya 40,000 penduduk menetap di pulau ini.

8. Pulau Pom Pom

Image via www.mysabah.com

Pulau Pom Pom juga terletak di kawasan perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan tropika yang kaya dan dikelilingi oleh pasir putih dan perairan biru yang memukau mata memandang. Pulau kecil yang mengambil masa kira-kira sejam untuk berjalan ini merupakan tempat perlindungan penyu yang selalu datang pada waktu malam untuk bertelur.

9. Pulau Talang-Talang

Image via apple101.com.my

Kawasan perlindungan marin pertama Sarawak, Taman Negara Talang-Satang meliputi kawasan seluas 19.414 hektar dan telah diwartakan pada tahun 1999 untuk meningkatkan pemuliharaan penyu. Taman ini merangkumi kawasan pantai dan perairan sekitar empat pulau; Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (terletak di luar Sematan), dan Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil (terletak di luar Santubong).

Image via thatsofarah.com

10. Pulau Bohey Dulang

Image via www.flickr.com

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau paling popular di Taman Marin Tun Sakaran di kawasan perairan Semporna, Sabah.

Bohey Dulang sangat terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan di bahagian atas puncak. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Pasti ramai yang sukar mempercayai pulau ini sememangnya terletak di Malaysia.

11. Pulau Susu Dara

Image via www.flickr.com

Pulau Susu Dara terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Kebiasaannya tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk aktiviti snorkeling.

Image via

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat lagi gambar-gambar surreal yang diambil di negara kita Malaysia:

Orang Malaysia memang cukup kreatif dalam memberi nama-nama pelik kepada sesuatu lokasi:

Lebih menarik, kedai makan pun pelik:

Juga di SAYS:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!