Apa Maksud ‘Gong Xi Fa Cai’ Sebenarnya? Kenapa Ada Yang Mengatakan Ia Haram?
Ramai khuatir penggunaan ucapan 'Gong Xi Fa Cai' ini akan menggugat pegangan aqidah mereka.
Cover image via PwC MalaysiaPada 18 Februari lalu, satu status di Facebook dari Sultan Jamal menyeru umat Islam agar tidak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada kaum Cina. Ini kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap pegangan aqidah seseorang.
Image via null
Namun begitu, menerusi ruangan komen, segelintir pihak tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Menurut mereka, Tahun Baru Cina hanyalah perayaan budaya dan tidak ada kena mengena dengan soal agama.
Image via null
Bagaimanapun, soal budaya dalam perayaan juga dijadikan topik perbahasan. Seorang netizen mempersoal, "Jika sambutan perayaan budaya dianggap tak salah, kenapa dua perayaan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam tidak diteruskan?"
Image via null
Image via null
Setelah menerima puluhan komen pada status tersebut, Sultan Jamal tampil memberi penjelasan bagi mengukuhkan lagi pandangannya. Baca penjelasan penuh di bawah:
Image via null
Image via null
Image via null
Walaupun penjelasan sudah diberikan, masih ada beberapa pihak yang tidak bersetuju selepas itu, dengan menganggap Hari Raya Krismas dan Tahun Baru Cina adalah dua perayaan yang mempunyai unsur berbeza
Image via null
Dalam pada itu, seorang netizen kemudian tampil sambil berkata isu ini tidak perlu dibahaskan. Salah satu sebabnya adalah terdapat juga masyarakat Cina Muslim yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi mengikut hukum syarak.
Image via null
