Bayi 10 Bulan Mati Dilanggar Kereta Ibu
Pada pagi 10 Oktober 2013 di Kuala Terengganu, sepasang suami isteri luluh hati apabila anak mereka ditemui mati di bawah kereta mereka.
Seorang ibu tidak sengaja langgar bayi 10 bulannya ketika mengundur kereta
Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan
terbakor.comLuluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.
malaysiandigest.comFaziah Yusof, 35, sedang mengundurkan kereta Proton Exora tanpa menyedari bahawa anaknya telah berjalan ke belakang kereta
Insiden ini bermula, ketika Faziah Yusof (35), tengah memundurkan mobil Proton Exora keluar dari tempat parkir agar bisa digunakan oleh suaminya pergi kerja.
tribunnews.comMenceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain. Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.
malaysiandigest.com“Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.
kosmo.com.my“Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu,” ceritanya ketika ditemui di HSNZ.
malaysiandigest.com"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital. "Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.
sinarharian.com.myTambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
kosmo.com.myMuhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalaman
Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.
kosmo.com.myKanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.
malaysiandigest.comKetua Polis Daerah Terengganu kata ibu bapa tidak menyedari anak bongsu mereka telah merangkak keluar dari rumah
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.
sinarharian.com.my"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
kosmo.com.myBulan lepas, seorang lelaki umur 4 tahun tidak sengaja langgar adik umur 2 tahunnya akibat bermain dalam kereta bapa
Have something to say about this? Facebook or Tweet us!
Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!
facebook.com