5 Kepincangan Gambar Viral Anjing Kencing Di TESCO. Adakah Ia Tulen Atau Diedit?
Jangan terlalu cepat menuding jari. Jom kita siasat dulu perkara sebenar yang mungkin boleh dibahaskan.
Cover image via Facebook Melissa JaneSejak semalam, kita dihebahkan dengan kes dua orang wanita membawa seekor anjing peliharaan ke dalam sebuah pasar raya TESCO extra di Plentong.
Lebih teruk, anjing itu diletakkan dalam troli pengguna dan kemudian dirakam kencing sehingga mengotorkan troli dan lantai.
Image via www.chenguan.com.my
Isu ini mendapat perhatian netizen sekelip mata setelah menjadi viral di laman sosial.
Dan seperti yang dijangka, ramai bertindak mencemuh perbuatan dua wanita terbabit yang dianggap biadab dan tidak sensitif.
Image via Facebook Siakap Keli
Lebih menarik, rata-rata orang Cina turut mengutuk perbuatan 'tidak berakal' itu. Masing-masing menganggap perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi.
Image via Facebook Siakap Keli
Disebabkan itu, pihak TESCO tak semena-mena perlu menyamak dan melakukan sertu ke atas lebih kurang 500 troli dalam pasar raya berkenaan dengan bantuan AJK Masjid Plentong semalam bagi memastikan semua troli bersih dan suci untuk digunakan
Image via Facebook Tesco Malaysia
Image via Facebook Tesco Malaysia
AJK Masjid Plentong bersama beberapa kakitangan Tesco melakukan sertu ke atas 500 buah troli.
Image via Facebook Tesco Malaysia
Tapi…not so fast people!
Ada benda menarik yang ingin kami kongsikan kepada anda semua. Sebelum itu, apa kata kita bertenang dulu.
Apa yang menariknya? BACA di bawah ini:
Seorang netizen, Melissa Jane membuat analisis ke atas gambar tersebut dan telah menemui beberapa kepincangan yang boleh diperdebatkan
Dan ini 5 penemuan beliau:
Pertama: Orang sekeliling langsung tak pandang dan tak nampak kelibat anjing di dalam troli tersebut. Logikkah?
Image via Facebook Melissa Jane
Kedua: Kedua-dua wanita berkenaan pun dilihat seperti tak beri perhatian langsung kepada anjing itu walaupun ia telah kencing dan melompat ke luar troli. Takkan tak perasan?
Image via Facebook Melissa Jane
Ketiga: Macam mana air kencing anjing di atas lantai itu boleh terkumpul di satu tempat dan tidak bersepah sedangkan ia dikatakan kencing semasa berada di dalam troli?
Image via Facebook Melissa Jane
Keempat: Melissa mendakwa bahawa gambar ini telah diedit menggunakan mod liquify atau blending tool yang terdapat dalam aplikasi 'Photoshop'.
Image via Facebook Melissa Jane
Kelima: Paling jelas dan paling obvious, kenapa anjing itu tiada bayang-bayang? Cuba anda lihat semula gambar ini secara penuh, hanya bayang-bayang troli sahaja yang kelihatan. Adakah anjing ini hantu?
Image via Facebook Melissa Jane
Apa-apa pun, Melissa menjelaskan keterangan yang dibuat beliau itu hanyalah bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, kami rasa analisis ini layak diberi perhatian lebih oleh netizen.
Mungkin dua orang wanita berkenaan tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
