FAQ Resit Dan Segala Jawapan Kepada Kekeliruan GST Pada Hari Pertama

Sekiranya resit bertulis mengecaj GST kepada pelanggan, adakah itu dikira sah?

Enlarge text
Cover ImageCover image via beritamestisensasitv898.blogspot.com

1. Apa maksud 'S' dan 'Z' pada resit?

1. '**S**' bermaksud 'standard rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang dikenakan cukai GST 6%.

2. '**Z**' bermaksud 'zero-rated supplies' iaitu barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai GST 6%.

Image via

2. Macam mana nak tahu jika kedai itu layak atau tidak layak mengenakan GST?

Periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Jika ada tercatat ID tersebut di bahagian atas resit, maka kedai itu layak mengenakan caj GST 6% kepada pelanggan.

Sekiranya tiada, maka cukai GST 6% tidak boleh dikenakan kepada pembeli yang membeli barangan di kedai itu.

Hati-hati dengan resit yang ditulis dengan tangan. Sebagai pembeli, anda berhak menyoal tentang kesahihan cukai GST yang dikenakan.

Jika peniaga tidak berdaftar tetapi mengenakan GST, anda boleh membuat aduan kepada [Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, KPDNKK](http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/eaduan/main.php?lang=2).

Image via

3. Adakah ini memberi maksud cukai SST dan cukai perkhidmatan (service tax) yang dikenakan sebelum ini dihapuskan?

Ya bagi SST. SST dihapuskan sepenuhnya dan adalah satu kesalahan jika peniaga mengenakan GST+SST sekaligus.

Untuk cukai perkhidmatan pula, bagi hotel dan restoran, **GST dikenakan sebanyak 6%, ditambah dengan cukai perkhidmatan sebanyak 10%, dan digabungkan dengan GST 6% keatas cukai perkhidmatan.**

Image via thestar.com.my

Sebagai contoh dalam gambar di atas, harga sebelum dan selepas GST adalah berbeza.

**1. Pengiraan cukai cara lama**

Cukai perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan 6% dikira secara berasingan keatas harga RM19.50.

Cukai Perkhidmatan 10% daripada RM19.50 = RM1.95
Cukai Kerajaan 6% daripada RM19.50 = RM1.17

Jumlah Cukai = 1.95 + 1.17 = RM3.12

Oleh itu, jumlah besar anda akan menjadi RM19.50 + RM3.12 = RM22.62

**2. Pengiraan cukai dengan GST**

Terdapat sedikit penambahan dalam mengira harga barang RM19.50.

Cukai Perkhidmatan 10% daripada RM19.50 = RM1.95
GST 6% daripada RM19.50 = RM1.17

GST 6% keatas Cukai Perkhidmatan = 6% x RM1.95 = RM0.117 (atau RM0.12)

Jumlah Cukai = 1.95 + 1.17 + 0.12 = RM3.24

Oleh itu, jumlah besar anda akan menjadi RM19.50 + RM3.24 = RM22.74

4. Apa pula maksud 'Value-Added Tax' atau VAT pada sesetengah resit?

'Value-Added Tax' adalah nama lain bagi GST yang digunakan pada sesetengah resit, seperti yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Disebabkan kekeliruan ini, terdapat sesetengah peniaga juga yang membuat kesilapan dalam mengenakan cukai, contohnya 7-Eleven, namun mereka telahpun memohon maaf

Image via

Jadi, bagaimana nak elakkan kejadian ini berulang? Ikuti beberapa tips di bawah:

a) Sentiasa periksa 'GST ID' pada resit yang dikeluarkan. Hanya peniaga berdaftar sahaja yang layak menerimanya.

Image via

b) Resit haruslah dicetak, bukan ditulis. Resit bertulis tidak boleh mengenakan caj GST 6%.

Image via FizGee Dak Pizs

c) Anggarkan berapa jumlah pendapatan tahunan bagi peruncit tersebut, sama ada lebih RM500,000 atau kurang.

Menurut GST.com, peruncit perlu memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM500,000 sebelum mereka layak mengenakan GST. Ini adalah untuk memastikan perniagaan kecil boleh hidup dengan bebas GST dan tidak perlu menanggung kos pendaftaran.

Walau bagaimanapun, harus diingat peruncit yang belum mencapai jumlah minimum juga boleh secara sukarela memohon untuk berdaftar GST.

Image via

d) Layari gst.customs.gov.my bagi mendapatkan butiran lanjut tentang barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST.

Image via

Anda boleh cari maklumat seperti:

i. Nama perniagaan
ii. Nombor pendaftaran perniagaan
iii. Nombor pendaftaran GST

Sekiranya masih terjadi penipuan dalam pengiraan cukai GST oleh peruncit, anda boleh terus mengemukakan aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Alwi (kanan) bersama Ketua Unit Akta Pencatutan, Rozma Abd Rahman menunjukkan buku yang perlu dimiliki pengguna bagi membantu mereka lebih memahami berkaitan harga barangan sebelum dan selepas perlaksanaan GST.

Image via

Anda juga boleh menggunakan aplikasi MyKira GST untuk membuat aduan. Sementara itu, ambil tahu juga tentang 3 lagi aplikasi yang dapat membantu anda menangani kekliruan GST.

Read more trending stories on SAYS