9 Topik Utama Para ‘Vapours’ Persoalkan Selepas JAKIM Haramkan Vape

JAKIM dah pun keluarkan fatwa pengharaman vape. Orang akan ikut atau terus #vapeon?

Enlarge text
Cover ImageCover image via vk.com

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape di Malaysia

IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPORAlhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) on Tuesday, August 4, 2015

JAKIM menyenaraikan 5 sebab kenapa vape adalah haram sama seperti rokok iaitu:

**1.** Qiyas kepada rokok sebenar
**2.** Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
**3.** Pembaziran
**4.** Meniru budaya yang bukan Islam
**5.** Dilihat tidak bermaruah

Image via mashable.com

Selepas berita itu tersebar, ruangan komen di Facebook JAKIM mula dibanjiri dengan pelbagai pendapat dan pertanyaan dari orang ramai. Antaranya:

1. Ada yang mempersoal isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri. Ramai yang nak tahu sama ada ia haram atau tak.

Image via Facebook JAKIM

Image via www.ibtimes.com

2. Ada juga yang kata pembakaran vape tu tak hasilkan asap tapi wap. Jadi di mana haramnya?

Image via Facebook JAKIM

Image via

3. Nak lagi best, lepasni maggi haram, gula haram, garam haram, coklat haram, minyak haram, dan nasi lemak pun haram sebab kalau ambil berlebihan boleh beri mudarat. Emmm…

Image via Facebook JAKIM

Image via memecrunch.com

4. "Kalau ikutkan, di Malaysia ni ramai yang mati sebab kemalangan jalan raya. Jadi kenderaan itu sendiri memudaratkan." Mula-mula tak boleh makan, lepastu tak boleh naik kereta pulak.

Image via Facebook JAKIM

Image via

5. Bukan tu je. Lepasni pakai baju coat dan tali leher pun tak boleh. Katanya sebab meniru budaya orang bukan Islam. Gula pun haram sebab orang barat pun guna gula. Aiseymen susah la macam ni.

Image via Facebook JAKIM

Image via

6. Benda apa lagi yang akan diharamkan selepas ini?

Image via Facebook JAKIM

Image via 9gag.com

7. Ada juga yang tak puas hati kenapa JAKIM terlalu fokuskan isu vape. Lebih baik JAKIM banteras rumah-rumah urut, kelab-kelab malam, kilang-kilang arak, pusat-pusat perjudian, dan banyak lagi tempat yang boleh meruntuhkan akhlak.

Image via Facebook JAKIM

8. Dalam pada itu, seorang netizen memberi hujah bahawa vaping secara agresif adalah sama seperti menghirup udara biasa dan langsung tak beri kesan kepada kesihatan

Image via Facebook JAKIM

Image via

9. Last sekali, ada yang kata JAKIM punya kajian ni kurang bukti yang sahih dan tak menyeluruh sebab produk e-cig yang dipasarkan di Malaysia tak sama dengan yang di luar

Image via Facebook JAKIM

Apa pendapat anda?

Baru-baru ini juga, Majlis Daerah Perak Tengah mengeluarkan arahan untuk melarang pasangan yang belum kahwin duduk di couple seat dalam panggung wayang:

Lebih menarik, seorang ulama Mesir mengeluarkan fatwa yang menghalalkan lelaki mengintai wanita mandi. BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: