Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Tercekik Cekodok Pisang
Siapa sangka dalam masa setengah jam sahaja kanak-kanak ini menemui ajal ketika di pusat penjagaan.
Cover image via bharian.com.mySeorang kanak-kanak berumur 7 tahun, Kee Shao Ming didapati maut tercekik cekodok pisang di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taman Austin Perdana di Johor Bahru pada Jumaat, 6 Mac
Image via Utusan Online
Ibu mangsa, Ong Kai Yun, 32 meninggalkan anak lelaki dan seorang lagi anak perempuannya di pusat jagaan itu sebelum ke tempat kerja pada 7.30 pagi. Setengah jam kemudian, dia menerima panggilan yang mencemaskan.
Beliau yang panik selepas itu menggesa pusat jagaan tersebut untuk menghantar anak lelakinya ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Malangnya, keadaan kelihatan semakin buruk.
Ong Kai Yun berkata beliau amat kecewa dengan sikap petugas pusat jagaan itu yang tidak memaklumkan kepada pihak hospital mengenai keadaan anaknya ketika makan sebelum kejadian itu berlaku
Sehubungan itu, Ong membuat satu laporan polis di Balai Polis Setia Indah dan berharap mendapat penjelasan daripada pihak pusat jagaan mengenai prosedur keselamatan mereka
Image via Utusan Online
