Kenapa Tidak Bantu Mangsa ‘Road Bully’ Ini? Lihat 2 Realiti Pahit Masyarakat Malaysia
Memang pahit tetapi harus ditelan jua.
Cover image via SAYS.comSemakin hari semakin banyak kita disajikan dengan kes road bully di laman sosial, dan kes ini adalah salah satu daripadanya. Tidak pasti apa punca sebenar, dua orang lelaki dilihat bertelagah tentang sesuatu perkara.
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Terlibat dalam pertengkaran adalah seorang lelaki muda berbaju putih dan seorang *uncle* yang agak berusia memakai baju kemeja merah jambu kotak-kotak.
Video viral ini dimuat naik oleh Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan dua hari lalu. Seperti yang kita boleh lihat, lelaki berbaju putih ini bertindak untuk menendang uncle tersebut di bahagian perut.
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Bayangkan kalau diri anda ditendang, apa yang akan anda lakukan selepas itu? Keadaan pastinya akan bertambah buruk.
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Selagi tidak ada pihak yang cedera, selagi itulah pergaduhan tidak selesai. Inilah yang diibaratkan seperti api bertemu dengan api, masing-masing tidak mahu mengalah.
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Siapa yang betul dan siapa yang salah? Kami sendiri tidak pasti. Lihat video penuh di bawah:
Persoalannya, apa yang dapat kita lihat tentang masyarakat masa kini menerusi video di atas?
Pertama, kita dapat lihat masyarakat zaman sekarang lebih suka merakam dan menyaksikan sahaja pergaduhan yang terjadi di sekeliling mereka, tanpa ada inisiatif untuk meleraikannya
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Kedua, walaupun sesuatu perkara boleh diselesaikan dengan cara baik, sesetengah pihak lebih gemar menggunakan kekerasan tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku selepas itu
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
Image via Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan
