Peniaga Bazar Ramadan Terpekik-Pekik Pada ‘Mat Salleh’. Apa Puncanya?
Sikap sebeginikah yang kita mahu lihat daripada peniaga bazar Ramadan?
Cover image via youtube.comSatu video yang dimuat naik oleh MNH Viral semalam yang menunjukkan beberapa peniaga bazar Ramadan memaki dan menghalau dua orang Mat Salleh telah menjadi bualan hangat orang ramai. LIHAT VIDEO PENUH:
Apa puncanya? Difahamkan, dua orang lelaki warga asing itu meminta untuk mengalihkan kereta mereka di tapak tersebut. Mereka tidak menyedari tentang kewujudan bazar Ramadan pada sebelah petang.
Daripada ruangan komen, netizen dilihat sangat berang dengan kelakuan dan sikap biadab yang dipamerkan oleh para peniaga berkenaan. Siapa yang terkena tempias? Melayu yang kena.
Image via Facebook My Media Hub
Image via Facebook My Media Hub
Perbuatan itu tidak boleh diterima dan dianggap sangat memalukan oleh orang ramai. Lebih menyedihkan, ia berlaku pada bulan Ramadan, bulan mulia di mana orang Islam sepatutnya lebih bersabar menghadapi dugaan.
Image via Facebook My Media Hub
Image via Facebook My Media Hub
Daripada video ini juga, kita boleh akhlak yang ditonjolkan diantara pihak peniaga dan juga Mat Salleh tersebut. Ternyata, tahap kesabaran dua orang lelaki asing itu lebih tinggi.
Image via Facebook My Media Hub
"Minta para peniaga bazar supaya banyakkan bersabar. Jangan fikirkan untung niaga sahaja. Kelakuan serta kesabaran kena jaga," nasihat seorang peniaga.
Image via Facebook My Media Hub
Walau bagaimanapun, hanya empunya badan yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bagi sesiapa yang tiada di tempat kejadian, diminta untuk tidak membuat spekulasi atau tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.
Image via Facebook My Media Hub
