news

Perniagaan Yang Lewat Daftar GST Akan Didenda RM20,000

Pada 2015, kerajaan akan mula mengenakan GST kepada peniaga.

Cover image via virtualmalaysia.com

Bagi Memudahkan Perlaksanaan GST Tahun Depan, Peniaga Perlu Mendaftar Dengan JKDM Sebelum 31 Disember 2014 Jika Pulangan Tahunan Perniagaan Mereka Melebihi RM500 Ribu

Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan lebih daripada RM500,000 perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum 31 Disember depan.

kosmo.com.my

Penolong Pengarah Kanan JKDM, Chin Jek Bik berkata, pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan itu akan didenda sehingga RM20,000.

sinarharian.com.my

"Denda pendaftaran lewat akan dikenakan sekurang-kurangnya RM1,500 sehingga maksimum RM20,000 selepas 30 hari pelaksanaan GST pada April tahun depan," katanya.

kosmo.com.my

Bagi Pulangan Tahunan Perniagaan Yang Kurang Daripada RM500 Ribu, Peniaga Boleh Mendaftar Secara Sukarela Dalam Masa Dua Tahun

Bagaimanapun, perniagaan dengan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 boleh mendaftar syarikat mereka secara sukarela, tetapi akan tertakluk kepada undang-undang pendaftaran selama dua tahun, melainkan mereka menutup operasi serta syarikat dalam tempoh berkenaan.

sinarharian.com.my

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di gst.customs.gov.my atau menghantarnya sendiri ke JKDM di Kelana Jaya.

kosmo.com.my

Untuk Makluman, Kadar Tetap 6% GST Akan Dilaksanakan Di Malaysia Mulai 1 April 2015

GST akan dilaksanakan pada kadar tetap enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang ada sekarang. Ia tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

sinarharian.com.my
Image via blogspot.com

Antara perkhidmatan lain yang dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

kosmo.com.my

Jek Bik berkata, JKDM akan mengedarkan satu panduan pengguna kepada orang ramai bagi membolehkan mereka membuat bandingan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan.

sinarharian.com.my

Jika Anda Masih Belum Faham Mengenai Mekanisma GST, BACA SINI:

You may be interested in: