news

[GEMPAR] Ramai Yang Terpedaya Dengan Rokok Seludup Yang Berjenama "J". Anda Juga?

Mungkin ramai orang yang telah pun terpedaya dengan rokok seludup yang lebih memudaratkan dari rokok biasa.

Cover image via

Pernah tak nampak rokok jenama "John" ini?

Rokok berjenama John sebenarnya merupakan rokok seludup.

Image via sixthseal.com

Rokok jenama "John" ni dipasarkan sebagai "Jenama Bangsa Malaysia..."

"Jenama Bangsa Malaysia (The Brand of the People of Malaysia)." - Foto dari Sixthseal.com

Image via sixthseal.com

Ada pengguna yang pernah percaya rokok "John" ini hasil Buatan Malaysia

Pernyataan seorang blogger, dijumpai pada laman web sixthseal.com.

Image via imgur.com

Berdasarkan sumber Berita Harian, kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

bharian.com.my

Pernyataan seorang blogger, dijumpai pada laman web sixthseal.com.

Image via imgur.com

Tapi... rokok berjenama John bukan hasil buatan Malaysia! Rokok ini diseludup masuk Malaysia oleh kongsi gelap.

Translasi: "Ditubuhkan pada tahun 80-an dan kemudian diterajui oleh Pengasas / Presiden kita di alaf ini, AKJ telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar rokok yang hebat dan inovatif di negara ini dengan negeri daripada kemudahan pengeluaran seni dan rangkaian pengedaran yang menyeluruh di Malaysia." - Dari laman web AJK-intl.com

Image via imgur.com

Laman web pengeluar rokok “John” mempunyai informasi yang mencurigakan seperti identiti pengasanya tidak didedahkan.

akj-intl.com

Ada juga pautan web yang tidak boleh di-klik

Butang "Online Application Form" tidak boleh diklik.

Image via imgur.com

Menurut laporan The Star, rokok jenama "John" menggunakan nama pengilang palsu atau tidak wujud

Rokok berjenama John yang tak sah.

Image via imgur.com

Pek berjenama John mendedahkan alamat dan nama pengilang palsu atau tidak wujud.

thestar.com.my

Menurut laporan The Star, rokok jenama "John" menggunakan nama pengilang palsu atau tidak wujud.

Image via imgur.com

Alamat yang diterbit atas kotak John adalah palsu! (AKJM Sdn. Bhd., No. 20 Jalan Seruling 58, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.)

Peta Google alamat palsu AKJM Sdn. Bhd.

Image via imgur.com

Satu lagi alamat di atas kotak rokok "John" yang lain - AKJM Sdn. Bhd., Lot 3 Jalan Solok Waja 3, Bukit Raja Industrial Park, 41050 Klang, Selangor

Rokok jenama "John" menggunakan nama pengilang palsu atau tidak wujud! Kunjungilah alamat tersebut untuk saksikan.

akj-intl.com

Peta Google alamat palsu AKJM Sdn. Bhd.

Image via imgur.com

Rokok "John" sebenarnya rokok seludup yang diseludup masuk Malaysia oleh kongsi gelap

Bagi penyeludup tegar ini, jalinan rangkaian kegiatan mereka berada di mana-mana. Malah, mereka turut menjalankan kegiatan sampingan lain seperti menyeludup senjata, manusia untuk pelacuran dan barangan larangan seperti diesel.

hmetro.com.my

Sumber berkata, kepelbagaian taktik penyeludupan yang digunakan kongsi gelap juga mampu mengelirukan dan ia meletakkan mereka ‘selangkah di hadapan’ daripada pihak berkuasa.

bharian.com.my

Kongsi gelap sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

bharian.com.my

Definisi rokok tak sah adalah harga bawah RM7.00 atau tiada amaran bergambar atau keduanya sekali.

Image via imgur.com

Khidmat warga tempatan dipercayai turut digunakan dalam merancang kegiatan penyeludupan rokok tidak sah ke negara ini.

Image via bharian.com.my

Rokok berjenama John turut dijual di dalam kompleks bebas cukai pada harga RM24 sekarton.

Image via hmetro.com.my

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Shahadan Jaafar (kiri) menunjukkan lori dan rokok seludup yang dirampas dalam satu sekatan jalan, baru-baru ini. - Foto Shaiffulazhar Misri

Image via bharian.com.my

Rokok berkenaan akan disimpan di gudang yang diragui statusnya itu kerana tiada papan tanda berdasarkan situasi semasa sebelum ia diangkut mengikut jalan tanah merah ke Ladang Rakyat Laka Temin dengan pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Naza Ria pada waktu malam.

hmetro.com.my

Sebuah rampasan telah dlakukan pada 24 Julai 2013 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia di Thailand. Dua buah lori membawa 75,000 kartun rokok - John Red dan 52,000 kartun John White ditahan di Kompleks Kastam Sadao.

yahoo.com

Pada 7 November 2013, Kilang Rokok John Diprotes Oleh Orang Ramai Atas Isu Pencemaran Alam Dan Sisa Bahan Kimia

Penduduk dari Legenda Bali, Batam tidak puas hati

Image via imgur.com

Puluhan anggota Gerakan Bersama Rakyat (Gebrak) protes di depan Pejabat Wali Kota Batam, Kepulauan Riau pada 7 November lepas. Mereka menuntut penutupan kilang PT TCF Maju yang disyaki membuang sisa berdekatan perumahan di Legenda Bali, Duriangkang, dan Tanjungpiayu.

msn.com

Penduduk di Batam mengadakan tunjuk perasaan

Image via imgur.com

Pembuangan sisa tembakau dari kilang PT TCF Maju yang berhampiran kawasan perumahan telah menghantui ratusan keluarga yang tinggal di Legenda Bali, Batam Center. "Kehadiran sisa rokok PT TCF Maju sangat berpotensi menyebabkan penyakit. Kami mendesak agar tindakan segera dilakukan," ujar seorang penduduk.

swarakepri.com
Unsupported video platform

Mengikut KPDNKK, terdapat hampir 100 jenama rokok putih dan keretek yang tidak dibayar cukai; kebanyakannya, diseludup sama ada dari Indonesia, Filipina atau Vietnam

Bot bawa rokok seludup tertumpas

Image via theborneopost.com

'Starprobe' mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7.

mstar.com.my

Taktik penyeludupan rokok.

Image via imgur.com

Menurut seorang pekerja sebuah kilang rokok di kawasan perindustrian Citra Buana Park III, penghantaran rokok berkenaan ke Malaysia dibuat dalam dua cara iaitu menerusi pelabuhan Singapura atau diseludup terus menggunakan bot laju atau feri.

hmetro.com.my

Kongsi Gelap Cuba Mengaburi Pihak Berkuasa Dengan Taktik Penipuan Dokumen

Unsupported video platform

Kongsi gelap cuba mengaburi pihak berkuasa dengan taktik penipuan dokumen.

Image via imgur.com

Pihak berkuatkuasa sedang membanteras keras rokok seludup

Rokok John Black RM1 juta dirampas

Image via kosmo.com.my

Dalam satu rampasan lagi pada bulan Julai 2013, Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Suprintendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, hasil pemeriksaan di dalam kedua-dua kereta terbabit, pasukannya menemui 4,150 karton rokok berjenama John Write yang dianggarkan bernilai RM124,500, “Berdasar maklumat dipercayai rokok putih itu dari China dan dibawa masuk untuk pasaran luar Kelantan."

sinarharian.com.my

PGA rampas rokok seludup jenama "John"

Image via utusan.com.my

Dalam suatu rampasan lagi pada bulan Januari 2013, Pasukan Gerakan Am (PGA), yang diketuai oleh Asisten Supritendan Mohd. Yuseri Ahmad, rampas 16 kotak rokok seludup bernilai lebih RM1 juta. Rokok jenama John Black yang ditemui itu dipercayai diseludup dari negara jiran.

utusan.com.my

Wan Ismail (dua kiri) bersama anggotanya memeriksa rokok putih yang berjaya dirampas pada bulan Julai 2013. Foto dari Sinar Harian.

Image via sinarharian.com.my

Dalam satu rampasan pada bulan Mac 2013, pemeriksaan ke atas sebuah bot di pelabuhan Klang menemui rokok putih jenama John' bernilai RM410,000 yang disembunyikan di dalam sebuah kotak besar dan
ditutup dengan kain di bahagian bawah bot itu.

yahoo.com

Rokok murah yang diseludup seperti John dikilangkan tanpa kawalan kualiti, adakah anda sedar akan kandungan rokok itu?

Lebih murah, lebih bahaya! Itu kesimpulan kepada risiko dua kali ganda yang dihadapi perokok yang menghisap rokok tidak sah, termasuk yang diseludup, kerana kandungan bahan kimia beracun lebih tinggi, terutama arsenik dan kadmium.

bharian.com.my

Arsenik, bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai pengawet kayu, didapati tiga kali ganda lebih tinggi dalam rokok tidak sah berbanding yang biasa.

bharian.com.my

Bahan berbahaya dalam sebatang rokok tidak sah (http://apps.tv3.com.my/rts/)

Image via imgur.com

Jangan terpedaya akan rokok seludup, seperti John, yang berbahayakan anda

Image via shakiddo.com

ANDA dalam kawalan - bekalan akan berhenti kalau permintaan tiada

Image via imgur.com

Terserempak mana-mana penjual rokok seludup? Laporkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di 1800-88-8855

Aktiviti penjualan rokok tak sah adalah salah di sisi undang-undang

Image via blogspot.com

Pindaan akta kastam 1967 mungkin akan dipertimbangkan bagi mengenakan hukuman penjara mandatori atas kesalahan menyeludup dan penjualan rokok seludup.

shakiddo.com

BACAAN LANJUT: 11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Seludup

You may be interested in: