Segala Yang Anda Perlu Awasi Tentang Produk MILO Tiruan Di Pasaran Malaysia
Ada sesiapa yang pernah membeli MILO tiruan di pasaraya?
Cover image via SAYS.comSebut sahaja nama MILO, pasti semua tidak asing lagi dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini bukan?
Image via SAYS.com
Dan kepada penggemar minuman MILO, ada satu berita kurang enak yang ingin kami sampaikan kepada anda
Semalam, Facebook MILO Malaysia memuat naik satu status memberitahu pengguna tentang penghasilan produk MILO palsu yang dijual secara berleluasa di sekitar Malaysia
Image via Facebook MILO Malaysia
Pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman MILO, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu
Image via antarapos.com
Hasil serbuan, sebanyak 225 bungkus minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan
Image via Facebook Wan Abdul Halim
Turut dirampas ialah 1,100 kotak kosong, 50,000 plastik pembungkus kosong, mesin pencetak, mesin pelekat, mesin timbang, pencetak nombor serta 29 unit blok nombor siri bercetak dan 10 unit besi nombor siri bercetak
Image via SAYS.com
Video aktiviti pembuatan MILO palsu telahpun tersebar meluas di laman sosial. Saksikannya di bawah:
Beginilah reaksi yang diterima dari orang ramai. Masing-masing risau dan tertanya-tanya sama ada mereka telah membeli produk MILO tulen ataupun palsu sebelum ini.
Image via Facebook MILO Malaysia
Persoalannya, bagaimana cara untuk mengenal pasti atau membezakan produk MILO yang tulen dengan yang tiruan? Baca penjelasan dari pihak MILO di bawah:
Image via null
*Terdapat perbezaan yang ketara dari segi rasa. MILO tulen mempunyai malt, rasa berkrim dengan coklat yang kaya, manakala produk tiruan mempunyai perisa koko yang kuat dan rasa sedikit terbakar, lebih manis dan juga lebih gelap warnanya apabila dicampur dengan air.
Pembungkusan produk palsu seolah-olah hampir sama dengan pembungkusan yang tulen. Sekiranya anda percaya bahawa anda mungkin telah membeli produk yang palsu, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestle di 1800-88-3433 untuk bantuan lanjut. Nestle juga sedang menggerakkan pasukan jualannya untuk mengenal pasti produk palsu.
Terima kasih.*
Bagaimana pula dari aspek kesihatan? Adakah produk MILO tiruan ini memberi kesan serius kepada kesihatan seseorang?
*Pihak berkuasa telah menyediakan sampel produk palsu untuk ujian. Berdasarkan penilaian awal kami, produk itu didapati tidak merbahaya, tetapi kami sedang menjalankan analisis lanjut dan ujian ke atas sampel produk. Terima kasih.*
Pihak MILO Malaysia telahpun menyediakan satu tip tentang cara untuk membezakan produk MILO yang tulen dengan yang palsu, iaitu melalui bentuk potongan pada setiap bungkusan. Nampak bezanya?
Image via Facebook MILO Malaysia
