[GAMBAR] Tawaf Bertingkat Di Mekah Kini Dibuka

Published by arinahafizah
8.6K reads

Tawaf dua tingkat, ataupun dikenali sebagai jambatan bergantung di Mekah kini dibuka untuk jemaah.

Sort by:

Gambar: Jambatan gantung atau laluan tawaf bertingkat di Mekah

Last updated by arinahafizah about 1 year ago

Tawaf bertingkat di sekeliling Kaabah akan dibuka minggu ini

Last updated by arinahafizah about 1 year ago
  • Jurucakap Kementerian Haji Arab Saudi, Hatim Qadi hari ini berkata, jambatan baharu yang dibina di kawasan tawaf (mataf) di sekeliling Kaabah akan dibuka kepada jemaah pada minggu ini.

    utusan.com.my

  • Menurut sumber Kementerian Haji Arab Saudi ia dijangka siap Rabu ini. Bagi memudahkan pengguna, pihak Masjidil Haram bakal membuka 3 laluan ke kawasan tawaf bertingkat ini.

    astroawani.com

  • "Dengan adanya jambatan tersebut, pergerakan di kawasan tawaf biasa akan menjadi lebih lancar kerana tidak akan ada lagi penggunaan kerusi roda," katanya yang dipetik oleh Arab News.

    utusan.com.my

Kemudahan disediakan khusus untuk orang kurang berupaya dan warga emas

Last updated by arinahafizah about 1 year ago
  • Jambatan itu dijangka mampu menampung 7,000 jemaah setiap jam dan hanya dikhususkan untuk golongan warga emas, kurang upaya dan golongan uzur yang terpaksa melakukan tawaf menggunakan kerusi roda.

    astroawani.com

Tujuan jambatan bergantung ini adalah untuk menampung kerja pembesaran Masjidil Haram

Last updated by arinahafizah about 1 year ago
  • Jambatan bergantung ini adalah pembinaan tawaf bertingkat sementara untuk menampung jumlah jemaah untuk melakukan tawaf ketika projek pembesaran Masjidil Haram dijalankan secara menyeluruh.

    astroawani.com

  • Antara yang terpenting ialah perluasan Masjid Nabawi bagi menampung 2 juta jemaah dan perluasan kawasan tawaf. Kerja-kerja pembesaran ini menyebabkan kuota haji seluruh dunia termasuk Malaysia dikurangkan.

    astroawani.com

Fakta nombor: 34 bilion dolar, 13 meter tinggi, 12 meter lebar, 2 tingkat

Last updated by arinahafizah about 1 year ago
  • Khadimul Haramain Al-Syarifain, Raja Abdullah Abdul Aziz sebelum ini melancarkan projek pembesaran Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dengan peruntukan 34 bilion dolar.

    astroawani.com

  • Jambatan gantung ini dibina 2 tingkat dengan 12 meter lebar dan ketinggiannya ialah 13 meter. Pembinaannya hanyalah sementara sehingga projek pembesaran kawasan tawaf selesai.

    astroawani.com

Have something to say about this? Facebook or Tweet us!

Last updated by arinahafizah about 1 year ago
  • Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Get today's must-share stories, links & videos. Malaysia

    twitter.com

  • SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!

    facebook.com

Join this live chat!
0 comments