news

[GEMPAR] 4 Maut, 170+ Keracunan Selepas Makan Kenduri Kahwin

Dalam kejadian tragik di Sungai Petani Sabtu lepas, 4 orang telah meninggal dunia dan lebih ramai lagi sedang dirawat kerana keracunan makanan.

Cover image via melvister.com

Pengantin Terkilan

Tragedi 4 Maut Dalam Kenduri beracun: Pengantin baharu terkilan

terbakor.com

2 OKTOBER: Kes keracunan dalam keadaan terkawal

"Setakat hari ini tiada mangsa terbaru dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri ini untuk mendapatkan rawatan akibat keracunan makanan," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ismail Abu Taat.

kosmo.com.my

Orang ramai tidak perlu khuatir kerana bakteria salmonella yang mencemari ayam masak merah yang dihidangkan pada majlis kenduri itu tidak tersebar melalui sentuhan manusia.

kosmo.com.my

1 OKTOBER: Kini 4 mangsa telah meninggal dunia

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

sinarharian.com.my

Mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

sinarharian.com.my

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

sinarharian.com.my

["Mangsa ketiga, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.", "$content.metadescription.value"]

sinarharian.com.my

Mangsa keempat, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

utusan.com.my

Exco, calon PMR antara tetamu kenduri kahwin tersebut

Nurul Asyikin Maha­mad Nor, 15, said she was sad since she was unable to sit for the examination with her friends in school.

thestar.com.my

Nurul Syakiroh Dahalin, 15, ketika ditemui di Hospital Yan, berkata walaupun sakit dia tetap bersemangat menduduki peperiksaan PMR hari ini.

bernama.com

Enam pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin tersebut, merupakan antara calon yang menduduki peperiksaan PMR hari ini.

sinarharian.com.my

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain merupakan antara tetamu yang hadir pada kenduri kahwin di Kampung Huma itu.

bernama.com

"Saya memang tak suka makan ayam. Saya hanya ambil sedikit sahaja ayam masak merah tu. Saya pun risau dan bila saya periksa saya selamat dan tak ada simptom seperti cirit birit serta muntah-muntah," katanya.

bernama.com

Di samping itu, lebih 170 yang mengalami keracunan makanan dirawat

Tragedi 3 Maut Keracunan Makanan Kenduri, Berpuluh Masuk Hospital

terbakor.com

Sehingga kini, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan.

sinarharian.com.my

Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang. Ramai mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan.

sinarharian.com.my

Apakah punca tragedi tersebut?

Tragedi Keracunan Kenduri Kahwin: Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella

terbakor.com

[TERKINI] 4 Maut, 170+ Keracunan Selepas Makan Kenduri Kahwin

Image via imgur.com

"Anak saya begitu berselera menikmati ayam masak merah di rumah kenduri itu sebelum dia mula mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah sejurus pulang ke rumah,” luah Yusuf Arifin, bapa kepada mangsa yang meninggal

hmetro.com.my

Bakteria "Salmonella" ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel hidangan ayam masak merah yang diperoleh dari tempat kejadian.

bernama.com

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

sinarharian.com.my

Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

sinarharian.com.my

Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri

sinarharian.com.my

Pengantin baru sedih, trauma dan kesal kerana tragedi tersebut

"Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan. Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami", ujar Hasliyana Yusuf, 22.

sinarharian.com.my

Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Masakan yang disediakan kepada tetamu jemputan sempena kenduri itu dimasak oleh makcik saya dengan bantuan saudara-mara lain.

sinarharian.com.my

"Ini bukan salah keluarga pengantin," kata Lijah Mahmud, 70, ibu seorang mangsa yang meninggal. Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan dia menerimanya sebagai takdir ALLAH.

sinarharian.com.my

Tiada unsur khianat wujud

"Berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud. Namun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,'' kata ahli Parlimen Merbok, Prof. Dr. Ismail Daut.

utusan.com.my

Difahamkan, majlis kenduri yang diadakan Sabtu lalu disediakan secara bergotong-royong tetapi dikatakan hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang mengalami keracunan.

sinarharian.com.my

Apakah simptom keracunan makanan dari "Salmonella"?

Apakah simptom keracunan makanan dari "Salmonella"?

Image via blisstree.com

More info on this matter!

foodpoisonjournal.com

Sumber utama penyebab infeksi salmonella adalah bahan makanan yang tidak dipanaskan secara baik seperti ayam, telur, daging atau susu.

blogspot.com

Bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan yang teruk.

bernama.com

Infeksi Salmonella mengakibatkan dehidrasi yang berlebihan. Hal ini lebih berbahaya lagi bagi kanak-kanak atau orang tua yang daya tahan tubuhnya lemah. Bila sudah nampak tanda-tanda keracunan Salmonella, harus segera dibawa ke doktor.

blogspot.com

Cerita berkaitan lain yang anda perlu baca:

Benda-benda hairan yang berlaku sekitar anda? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS

JOIN THE GROWING SAYS COMMUNITY ON FACEBOOK: SAYS is Malaysia's social news network. Social media users from each country curate, contribute and...

facebook.com

Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Get today's must-share stories, links & videos.

twitter.com

You may be interested in: