Tradisi Kecantikan Paling Menyiksakan
Beauty is pain. Istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebihan. Menilik sejarah, amalan-amalan ekstrim telah terakam dalam tradisi kecantikan di pelbagai belahan dunia. Ini beberapa amalan ekstrim di dunia kecantikan tradisional, seperti dipetik dari laman roadtickle.com: 1. MENGECILKAN KAKI Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan atas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki. Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya menyatu dengan telapak kaki. Dalam budaya mereka, bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Bahkan, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki. Demi mendapat kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela mengalami patah tulang dan jangkitan semasa proses pengikatan. 2. MEMANJANGKAN LEHER Bagi suku pedalaman di Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan terlihat anggun dan cantik. Atas nama kecantikan, mereka nekat melakukan hal ekstrem dengan mengenakan kumparan logam di leher. Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang alami. 3. PEREGANGAN BIBIR Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher panjang, melainkan bibir lebar. Tradisi yang dikenali dengan istilah ‘Labret’ ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Lalu, meletakkan seperti piring bulat di dalamnya. Setiap dua hingga tiga minggu, mereka mengganti piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga dia bibir mencapai 15-25 sentimeter. Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak usia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan 4. KORSET EKSTRIM Penggunaan korset jangka panjang yang superketat boleh menghasilkan pinggang kecil. Penggunaan korset ini bahkan boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi. Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 banyak yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini. Padahal cara ini sangat berisiko menyebabkan rusuk retak, kerosakan organ, dan masalah pernafasan.
Tradisi Kecantikan Paling Menyiksakan
Mengisahkan tentang dunia Hafizzi Aziz dan Grafik
fizgraphic.com