[VIRAL] Kisah Disebalik Kubur Pink Lengkap Dengan Sistem MP3 Bacaan Quran
Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?
Cover image via Facebook AliDua hari lepas, satu posting dari seorang pengguna Facebook bernama Ali (bukan nama sebenar) mengenai tempahan kubur berwarna telah mendapat perhatian ramai. Posting dari Ali itu berbunyi seperti berikut:
Image via null
Status tersebut turut disertakan dengan gambar kubur berwarna pink di bawah:
Image via null
Jujurnya, kami perlu membaca status itu berulang kali bagi mendapatkan maksud sebenar. Tetapi kami hanya mampu menggaru kepala dan tertanya-tanya apakah kandungan mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh Ali.
Image via null
Dan beginilah reaksi kami setelah membaca status tersebut buat kali pertama. Geleng kepala bila kami fikirkan tindakan Ali yang sanggup mempersendakan agama dengan posting kubur pink sebegitu. Adakah dia sudah hilang akal?
Image via null
Image via null
Setelah menjadi viral, netizen di Facebook bertindak mencemuh tindakan Ali yang memuat naik gambar tersebut yang dianggap mempermainkan agama Islam. Ramai yang melabel kelakuan Ali itu sebagai bo**h, sesat dan melampau.
Isu yang hangat ini kemudian ditambah lagi perisa dan menjadi lebih "pedas" dengan komen-komen sarkastik dari Ali dan juga netizen lain. Ali nampaknya langsung tidak ada rasa serba salah dengan tindakannya itu.
Image via null
Kemudian kami berfikir, pasti ada sebab kenapa Ali memuat naik status sedemikian
Image via null
Hasil carian kami mendapati bahawa status berkenaan bukanlah untuk mempromosi perniagaan kubur berwarna seperti yang disebut, malah ia sebenarnya bersifat sarkastik. Tetapi sarkastik untuk apa?
Image via null
Akhirnya, segala teka-teki terjawab. Status tersebut sebenarnya adalah cubaan Ali untuk memberitahu masyarakat tentang budaya bid'ah yang sering dijalankan pada masa kini, tetapi disampaikan dalam nada sarkastik.
Image via null
Budaya atau ibadah bid'ah yang sering masyarakat masa kini adakan adalah seperti:
**1.** membaca surah Yassin pada setiap malam Jumaat.
**2.** Bacaan tahlil pada 7 hari pertama selepas si mati meninggal dunia.
**3.** Bacaan tahlil pada hari ke-40, hari ke-100 dan pada hari ulangtahun kematian si mati.
**4.** Kenduri tahlil.
**5.** Menghias tanah perkuburan dengan perhiasan yang semakin semakin hari semakin "meriah".
Selain itu, dalam salah satu posting terbarunya, Ali turut memuat naik gambar kubur pink dengan gambar makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Selangor. Rasa-rasanya, apakah yang Ali cuba sampaikan di sini?
Image via null
Tetapi, meskipun status Ali itu bersifat sarkastik dan berniat untuk memberi pengajaran, ramai yang menyifatkan cara sebegitu tidak sesuai digunakan untuk tujuan mendidik, kerana 'sarcasm' seperti itu boleh disalah erti dan menimbulkan salah faham
Image via null
Persoalannya di sini, adakah membuat binaan di atas kubur sesuatu yang diharamkan? Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang dengan keputusan berikut:
Image via null
