Kerana ‘Cincin Anu’ Tersangkut, Lelaki Ini Derita 12 Jam & Terpaksa Minta Bantuan Bomba
Anggota bomba terpaksa mengambil masa 10 minit untuk memotong cincin berkenaan.
Cover image via straitstimes.comSeorang lelaki dalam linkungan 20-an terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam setelah 'cincin' logam yang digunakan pada kemaluannya, tersekat dan tidak boleh ditanggalkan
Kejadian berlaku pada jam 8 malam Sabtu lalu. Dipercayai mangsa menggunakan 'cincin' berkenaan untuk meningkatkan keupayaan seksualnya ketika melakukan hubungan seks.
Namun malang tidak berbau apabila kemaluannya bengkak selepas cincin berkenaan tersekat, tidak boleh ditanggalkan, lalu terpaksa dihantar ke hospital yang kemudian meminta bantuan bomba.
Image via Harian Metro
Menurut Komander Operasi Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10.50 pagi semalam
Katanya mangsa sudah menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin berkenaan, namun gagal.
Dia menggunakan pelbagai cara untuk menanggalkannya termasuk sabun, minyak dan bahan lain, namun tetap tidak berjaya.
Dia kemudian ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan cincin berkenaan kemudian pihak hospital meminta bantuan bomba bagi memotong cincin itu
Image via www.suara.tv
Menurut laporan The Reporter sebelum ini, sebanyak 80% atau 32 daripada 40 kes telah dilaporkan dalam tempoh tiga tahun membabitkan khidmat bantuan pemotongan cincin pada kemaluan lelaki
Statistik itu dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.
Meskipun perbuatan menyarung cincin pada kemaluan bagi tujuan seks boleh mengundang padah, namun masih ramai lelaki Malaysia yang melakukannya.
Manakala, baki 20% atau lapan kes sahaja yang direkod membabitkan pemotongan cincin pada jari di tangan.
Image via www.thereporter.com
Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, pelbagai jenis cincin yang digunakan termasuk jenis besi, logam dan aluminium menyebabkan pihaknya mengalami kesukaran untuk memotong cincin tersebut.
Image via www.thereporter.com

