Serikan Aidilfitri Anda Dengan 3 Idea Kuih Raya Berperisa Cheese Ini
Mmmmm cheesy!
Cover image via SAYSAsyik beli kuih raya setiap tahun? Apa kata raikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini dengan kuih raya hasil air tangan sendiri! 😉
Untuk sedikit kelainan di Hari Raya nanti, jamu tetamu yang bertandang ke rumah dengan Sirap Bandung Cheese Cream Puffs
Bayangkan keenakan cream puffs lembut dipenuhi dengan *cream cheese filling* dan ditambah pula dengan *frosting* sirap!
**Bahan-bahan (cream puffs):**
– 130g mentega (tanpa garam)
– 220ml air
– 1/4 sudu kecil garam
– 1 1/2 cawan tepung gandum
– 6 biji telur
**Bahan-bahan (*filling*):**
– 240ml *whipping cream*
– 250g *cream cheese*
– 1/3 cawan gula
– 1/4 sudu kecil esen vanilla
– 1/4 sudu kecil kordial sirap
**Cara-cara:**
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 230°C.
2. Dengan api perlahan, gaulkan mentega, air dan garam.
3. Apabila sudah sebati, didihkan.
4. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
5. Tutup api dan biarkan adunan sejuk.
6. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga adunan lembut dan berkilat.
7. Masukkan adunan ke dalam *piping bag*.
8. *Pipe* ke atas dulang yang dialas dengan **Glad Cook & Bake Non-stick Paper.**
9. Ratakan permukaan setiap cream puff dengan sedikit air.
10. Bakar selama 15 minit.
11. Dalam bekas yang disejukkan, pukul *whipping cream* hingga kembang.
12. Dalam bekas lain, pukul *cream cheese*, gula, dan esen vanilla.
13. Masukkan krim yang dipukul ke dalam adunan *cream cheese* dan gaul.
14. Ambil 1/4 adunan itu dan gaulkan dengan kordial sirap.
15. Apabila cream puffs sudah sedia, masukkan *cream cheese filling* dan *pipe* krim sirap ke atas cream puffs. Hias dengan *sprinkles* jika mahu.
16. Siap untuk dihidang!
Image via SAYS
Resipi Tat Nanas Cheese ini pula diberi perisa baru dengan taburan keju parut yang dibakar hingga keemasan
Tambahan Cheddar parut di atas tat nanas memberikan rasa yang unik kepada kuih tradisional ini!
**Bahan-bahan (tat nanas):**
– 3 1/4 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu besar tepung kastard
– 250g mentega
– 2 sudu besar gula castor
– 2 sudu besar minyak sapi
– 1 biji kuning telur
– 1/4 sudu kecil garam
– Jem nanas
**Bahan-bahan (*topping*):**
– 1 biji kuning telur
– 1/4 sudu kecil pewarna kuning
– 1 sudu kecil air
– Cheddar parut
**Cara-cara:**
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 150°C.
2. Gaul tepung gandum, tepung jagung, dan tepung kastard.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam, dan gaul hingga sebati.
5. Gaulkan bersama campuran tepung.
6. Sejukkan doh selama 10 minit untuk memudahkannya digentel.
7. Ambil secubit doh dan gentel menjadi bentuk bulat.
8. Leperkan, masukkan jem nanas, dan gentel tat menjadi bulat semula.
9. Susun di atas dulang yang dialas dengan **Glad Cook & Bake Non-stick Paper.**
10. Bakar selama 15 minit hingga separuh masak.
11. Gaul kuning telur, pewarna kuning, dan air. Sapukan ke atas tat nanas.
12. Tabur dengan Cheddar parut.
13. Bakar selama 20 minit.
14. Siap untuk dihidang!
Image via SAYS
Resipi Biskut Donut Chocolate Cheese ini pula wajib dicuba jika anda peminat tegar coklat. Yummy!
Sekali dah cuba biskut coklat *cheese* ini, pasti nak lagi!
**Bahan-bahan (biskut):**
– 1/3 cawan serbuk koko
– 2/3 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan gula perang
– 1/2 sudu kecil tepung jagung
– 1/2 sudu kecil *baking powder*
– 2 sudu besar mentega (dicairkan)
– 1 biji telur
– 1 sudu kecil esen vanilla
**Bahan-bahan (*filling*):**
– 1/4 cawan yoghurt
– 1/4 *cream cheese*
– 1 sudu besar gula icing
– 1/2 sudu kecil esen vanilla
**Cara-cara:**
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°C.
2. Gaul kesemua bahan-bahan biskut hingga menjadi doh.
**3. Pro Tip: Balut doh dengan Glad Cling Wrap untuk kekalkan bentuk doh, dan untuk pastikan doh kekal lembap.**
4. Sejukkan selama 20 minit.
5. Ratakan doh menggunakan *rolling pin*.
6. Gunakan acuan untuk hasilkan bentuk bulat.
7. Susun di atas dulang yang dialas dengan **Glad Cook & Bake Non-stick Paper.**
8. Dalam bekas lain, gaul yoghurt, *cream cheese*, gula icing dan esen vanilla.
9. Masukkan ke dalam *piping bag*.
10. Tekankan ibu jari di tengah doh untuk hasilkan sedikit ruang untuk *filling*.
11. *Pipe* adunan *cream cheese* di tengah-tengah doh itu.
12. Bakar selama 8 minit.
13. Siap untuk dihidang!
Image via SAYS
Tip: Gunakan rangkaian produk Glad untuk memudahkan lagi sesi membuat kuih raya anda!
Dengan **Glad Cook & Bake Non-stick Paper**, anda tidak perlu lagi sapu mentega ke atas dulang membakar! Kertas *non-stick* ini memastikan kuih tidak melekat kepada dulang dan memudahkan anda untuk mencuci dulang setelah sudah membakar nanti.
Image via Glad
**Glad Cling Wrap** yang versatil ini pula amat berguna untuk proses membuat doh kuih. Gunakan *cling wrap* ini untuk mengekalkan kelembapan doh semasa disimpan di dalam peti sejuk.
Image via Glad
Resipi mana yang akan anda cuba dulu? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS
