seismik

4 Atlet Berbasikal Paralimpik Cedera & Seorang Patah Kaki Dalam Kemalangan Langgar Lari

Mangsa, Khairul Nizam dan Khairul Azwan mempunyai cacat penglihatan.

Cover image via Syed Mubarak Ali

Pada khamis pagi, 7 September, empat atlet para berbasikal kebangsaan yang sedang menjalani latihan, cedera dalam kemalangan langgar lari yang berlaku di susur keluar Bandar Tasik Puteri, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR)

Posted by Syed Mubarak Ali on Wednesday, 6 September 2017

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 12.6 Lebuh Raya LATAR menghala Kuala Selangor

Menurut laporan NST hari ini, polis telah mengesahkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan ini dan masih dikesan, termasuk melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kes langgar lari tersebut, 4 atlet paralimpik dan seorang pengiring telah tercedera iaitu Nor Rizuan Zainal (pengiring), 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Khairul Nizam Mohd Ali, 23, dan Nur Syafiq Suhaimy, 19.

Khairul Nizam dan Khairul Azwan mempunyai cacat penglihatan.

Kelima-lima mereka telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Ruslan Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas sebuah trak pikap Toyota Hilux menukar arah.

"Secara tiba-tiba datang sebuah trak pikap Toyota Hilux yang hendak menukar lorong ke susur Bandar Tasik Puteri," katanya.

Penolong jurulatih Mohd Iqbal Sokri, yang berada di van pasukan kira-kira 200 meter di belakang, menemui atlet-atlet dan jurulatih tersebut dalam keadaan terbaring di atas jalan raya

Nur Syafiq mengalami kecederaan yang paling teruk setelah patah tulang kaki dan memaksa beliau menarik diri dari Sukan Para Asean minggu hadapan

"Keadaan Syafiq paling teruk. Manakala yang lain sedang dirawat untuk beberapa keretakan," kata jurulatih berbasikal negara Johari Nayan seperti dipetik oleh NST.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: