seismik

Apa Yang Anda Boleh Buat Dengan Dana KWSP? 5 Perkara Ini Mungkin Boleh Bantu

Barangkali ada beberapa perkara yang kita tidak tahu tentang kegunaan dana KWSP yang terkumpul.

Cover image via abnxcess.com

Kebanyakan rakyat Malaysia yang bergaji pastinya mempunyai sejumlah wang dalam simpanan KWSP. Selain boleh digunakan untuk membayar pinjaman, apa lagi manfaat dana KWSP?

Sebelum kita mulakan, adakah anda tahu setiap pemegang simpanan KWSP mempunyai dua akaun yang berbeza iaitu Akaun 1 dan Akaun 2? Apa beza kedua-dua akaun ini?

Setiap pemegang simpanan KWSP mempunyai dua akaun yang berbeza. Akaun pertama digelar dengan nama "Akaun 1" manakala akaun kedua adalah "Akaun 2". Kedua-dua akaun ini berbeza dari segi purata bahagian simpanan dan fleksibiliti pengeluaran.

Image via blogspot.com

Akaun 1 menyimpan 70% daripada jumlah pendapatan bulanan ahli, manakala akaun kedua menyimpan 30%. Akaun 1 mengehadkan pengeluaran kecuali jika ahli mencapai umur 55 tahun, menjadi tidak upaya, meninggalkan negara ataupun meninggal dunia.

Pengeluaran simpanan daripada Akaun 2 bagaimanapun dibenarkan untuk tujuan pembayaran muka, pembelian rumah, bantuan pendidikan, perbelanjaan perubatan, pelaburan dan apabila ahli mencecah umur 50 tahun dan ke atas.

Untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas, berikut adalah lima perkara yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan lagi dana KWSP:

1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan KWSP melebihi RM5,000, jumlah selebihnya boleh digunakan untuk tujuan pelaburan

Sudah pasti anda mempunyai akaun KWSP apabila sudah bekerja bukan? Jika anda ada akaun KWSP, jangan biarkan begitu sahaja. Jika diberi peluang untuk mengembangkan dana KWSP anda sebanyak dua kali ganda atau lebih, adakah anda akan merebut peluang tersebut?

Kini anda boleh! Melalui skim ini, mana-mana ahli dengan simpanan Akaun 1 yang melebihi simpanan asas sekurang-kurangnya RM 5000, anda boleh mengeluarkan 20% dari jumlah LEBIHAN untuk dilaburkan kepada Fund Management Institution yang disahkan oleh Kementerian Kewangan.

loanstreet.com.my

Contohnya, jika Akaun 1 anda mempunyai simpanan asas sebanyak RM8,000, anda akan dibenarkan untuk mengeluarkan wang sebanyak RM600. Macam mana nak kira?

20% x (RM8,000 - RM5,000) = RM600

RM8,000 merupakan jumlah simpanan yang ada dalam Akaun 1 anda, manakala RM5,000 adalah simpanan asas minimum yang diperlukan. Jadi anda hanya layak untuk mengeluarkan 20% daripada dana LEBIHAN itu (RM8,000 - RM5,000 = RM3,000).

2. Urusan jual beli rumah juga boleh menggunakan khidmat dana KWSP yang terkumpul

Image via funandfact.com

Skim ini membolehkan seseorang individu (atau pembeli bersama) untuk mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP mereka bagi membeli sebuah rumah (jenis: banglo/ teres/ berkembar/ apartment/ kondo/ apartment studio/ apartment servis/ townhouse/ SOHO) atau lot kedai dengan unit kediaman dari pemaju, individu ataupun lelongan awam.

loanstreet.com.my

Tiga perkara penting yang anda perlu tahu. Pertama, wang dari Akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk membayar perbezaan harga antara harga rumah dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga tambahan 10% ke atas harga rumah. Jadi, jika pinjaman perumahan penuh (100%) diperoleh, maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sehingga 10% daripada harga rumah. Kedua, Jika rumah itu dibeli dengan menggunakan wang tunai, sehingga 110% daripada harga rumah yang boleh dikeluarkan. Ketiga, Sebarang jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki wang yang ada dalam Akaun 2 KWSP pemohon ( juga pemohon bersama yang berkenaan)

loanstreet.com.my

3. Selain itu, dana KWSP juga boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Image via wordpress.com

Pengeluaran ini ditawarkan kepada individu yang ingin membiayai pengajian ke peringkat lebih tinggi di institut yang disahkan, sama ada tempatan ataupun antarabangsa. Ianya sah untuk ahli dan anaknya. Tambahan, pengeluaran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan. Kos yang ditanggung adalah yuran pengajian, kos penginapan dan pengeluaran menyelesaikan pinjaman pendidikan.

loanstreet.com.my

Individu boleh memohon pengeluaran bagi setiap semester ataupun tahun akademik. Bagi yang telah membuat bayaran kepada Institusi pengajian tinggi, masih boleh memohon pengeluaran dana. Namun begitu, pengeluaran ini tidak sah bagi individu yang menerima tajaan pendidikan (biasiswa, bantuan pendidikan ataupun pinjaman pendidikan).

loanstreet.com.my

4. Dana KWSP turut boleh digunakan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan yang serius seperti menghidap kanser

Image via telegraph.co.uk

Pengeluaran bagi tujuan kesihatan membenarkan ahli mengeluarkan amaun dari Akaun 2 untuk membayar perbelanjaan rawatan kesihatan bagi penyakit yang kritikal DAN/ATAU untuk membeli peralatan kesihatan, seperti yang diluluskan oleh Lembaga KWSP, untuk kegunaan sendiri ataupun ahli keluarga yang dibenarkan.

loanstreet.com.my

Had Pengeluaran bergantung kepada kos sebenar bagi rawatan ataupun ahli boleh mengeluarkan seluruh dana dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah). Sekiranya majikan telah menanggung sebahagian kos rawatan perubatan, ahli masih boleh mengeluarkan dana tertakluk kepada baki dalam Akaun 2.

loanstreet.com.my

5. Mulai tahun 2013, KWSP membenarkan setiap ahli untuk mengeluarkan dana untuk menunaikan ibadah Haji

Image via webneel.com

Mulai tahun 2013, ahli dibenarkan mengeluarkan sejumlah caruman dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Amaun yang dibenarkan adalah untuk menanggung kos asas, dan bukanlah keseluruhan kos ibadah. Ini bertujuan untuk tidak mengganggu simpanan persaraan. Sebelum memohon, pastikan ahli berusia dibawah 55 tahun dan telah menerima surat dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan status ‘DIPILIH’.

loanstreet.com.my

Jumlah kos keseluruhan , seperti ditetapkan oleh LTH , bergantung kepada tahun semasa. Buat masa sekarang, bagi peserta haji kali pertama, kos adalah RM 9,980. Dinyatakan bahawa kos yang disubsidikan (RM 6175) oleh LTH bagi peserta kali pertama.

loanstreet.com.my

Subsidi ini tidak ditawarkan kepada ahli yang telah menunaikan haji. Dan harus diingat, pengeluaran caruman KWSP bagi menunaikan ibadah Haji ini hanya ditawarkan sekali seumur hidup.

JUGA DI SAYS: Government Survey Reveals Higher Average Household Income For Malaysians

You may be interested in: