seismik

AstraZeneca Umum 'Tarik Semula' Semua Vaksin Covid-19 Daripada Pasaran Di Seluruh Dunia

Difahamkan, ia telah memulakan penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik.

Cover image via Kosmo! & RRI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca telah menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia

Menurut laporan Berita Harian, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat berkenaan secara sukarela menarik balik kebenaran pemasaran.

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac 2024 dan berkuat kuasa pada 7 Mei 2024.

Sementara itu, permohonan sama akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria, pada bulan depan.

Image via Kosmo Digital

Keputusan itu dipercayai dibuat selepas syarikat tersebut mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin AstraZeneca boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya

AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat Covid-19 merosot.

Dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, ia membuat beberapa pengakuan.

Antaranya, ia menyatakan vaksin Covid-19 boleh menyebabkan TTS atau 'Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome' iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Syarikat farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Image via Berita Harian

Sebagai rekod, AZ ialah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: