Ayam Terapi Al-Quran Katanya, Boleh Cegah Bala Katanya
Mana lagi bagus? Makan ayam terapi Al-Quran atau baca Al-Quran?
Cover image via SAYSHebat! Peniaga zaman sekarang memang makin hebat. Lebih-lebih lagi dari segi marketing demi menjadikan produk jualan tampak lebih gah di mata orang ramai.
Macam-macam taktik diguna pakai oleh peniaga-peniaga kita. Ada yang pakai perempuan seksi, ada yang pakai model cantik, ada yang pakai cara kontroversi, ada yang pakai abang sado, dan macam-macam lagi.
Tapi nak lagi best, ada juga yang pakai agama sebagai alat pemasaran. Contohnya seperti di bawah:
Image via www.facebook.com
Image via www.facebook.com
Nampak tu, ayam-ayam dibela dalam gelombang Al-Quran. Wow! Macam manalah agaknya proses belaan tu ya.
Katanya, ayam-ayam ini boleh membuat minda kita jadi lebih tajam kalau kita makan. Bukan itu sahaja, kesihatan kita pun akan bertambah baik dengan memakan ayam-ayam ini.
Menurut sumber, selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, peniaga akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika itu, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat Al-Quran dan Ruqyah
Oh, itulah yang dimaksudkan dengan gelombang Al-Quran. Baru kami faham.
Image via SAYS
Bila tengokkan respon orang ramai, nampaknya majoriti menganggap kelakuan ini seperti menjual agama dan menjatuhkan maruah Islam
Image via Terengganu Times/Facebook
Sudahlah menjaja agama, harganya pula dijual dua kali ganda lebih mahal!
Produk ayam terapi ini ditemui dijual di sekitar ibu kota dengan harga yang lebih mahal iaitu dua kali ganda. Selalunya, ayam biasa satu kilogram harga baru dalam RM7. Tapi ayam Islamik ini dijual pada harga RM14 sekilo.
Istimewa sungguh ayam-ayam ini. Mungkin ia dijual mahal kerana dipercayai mampu mencegah bala dan penyakit kronik.
Manyak untung maa!
Image via terengganutimes.com
Nabi Muhammad SAW dulunya merupakan seorang pengembala dan peniaga kambing. Tapi tak ada pula dengar Nabi gelombangkan kambing-kambing ternakan baginda dengan Al-Quran.
Mana datanglah agaknya Sunnah Melayu ni kan?
Punyalah *simple* apa yang Nabi ajarkan kepada kita. Nabi kata kalau nak sembelih, baca Bismillah. Lebih elok, penyembelih itu perlulah seorang Muslim. Itu saja.
Tak perlu terapi, tak perlu gelombang Al-quran, dan tak perlu buat macam-macam. Islam dah ajar cara mudah, kenapa orang zaman sekarang nak susahkan?
Image via SAYS
Mufti Kedah, Datuk Muhamad Baderudin Ahmad berkata tindakan tersebut secara terang bertentangan dengan agama Islam dan langsung tidak berlandaskan syariah
"Tindakan pihak tertentu menggunakan Al-Quran kononnya dalam makanan yang diterapi dengan ayat kitab suci itu, sekali gus melariskan jualan mereka adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan bersalahan dari sudut agama.
"Sewajarnya tindakan pihak tertentu yang menggunakan istilah makanan terapi Al-Quran tidak wajar berlaku kerana ia umpama merendahkan martabat Islam itu sendiri. Ayat al-Quran itu bukan untuk dijual beli, sebaliknya dijadikan teladan kepada umat manusia," katanya.
