Bayi Anda Mungkin Terdedah Pada Kanser Hanya Kerana SATU Bahan Ini Di Dalam Botol Susu
"BPA ni memang banyak digunakan dalam industri berasaskan plastik" – Dr Taufiq Razif
Cover image via news.okezone.comSebagai ibu bapa, kesihatan anak-anak adalah yang paling utama. Pastinya setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak membesar dengan sihat dan cerdas tanpa sebarang penyakit berbahaya.
Justeru, bagi memastikan anak-anak bebas daripada penyakit, pengetahuan ibu bapa terhadap penyakit yang melibatkan kanak-kanak perlulah meluas. Ibu bapa perlu peka terhadap segala apa jenis perkakas yang digunakan untuk menyediakan makanan untuk anak-anak termasuklah jenis botol susu yang digunakan.
Image via www.netmums.com
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Dr Taufiq Razif menerusi satu post memberitahu pemilihan botol susu yang salah boleh menyebabkan kanser kepada anak anda. Bagaimana? Mari kita baca perkongsian ini:
Image via www.fotografer.net
Menurut satu laporan The Huffington Post, sejak tahun 2008, 11 negeri di Amerika Syarikat termasuk California telah mengharamkan penggunaan BPA dalam botol bayi dan sippy cup
Pengharaman ini juga dibuat oleh negara-negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah dan China.
Bagaimanapun, menurut kajian yang dibuat, lebih 90% daripada penduduk di negara tersebut 'membawa' BPA dalam badan mereka dan ia tidak berasal daripada botol bayi.
Malah US Food and Drug Administration dalam laporan CNN Januari tahun lalu menyarankan ibu bapa seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan pendedahan BPA ke atas bayi dan kanak-kanak
Kajian memberitahu terdapat "beberapa kebimbangan" untuk kesan BPA pada otak, tingkah laku dan kelenjar prostat semasa proses mengandung, bayi dan kanak-kanak.
Kajian-kajian lain menemui ia juga boleh menyebabkan kencing manis dan penyakit kardiovaskular, tetapi kajian tersebut masih belum jelas sama ada masalah itu sebenarnya disebabkan oleh BPA atau tidak.

