seismik

Cikgu Fadli Salleh Umum Bersara Awal Sebagai Guru - “Izinkan Daku Mengundur Diri”

Beliau pernah mengkritik sistem pendidikan negara.

Cover image via Mohd Fadli Salleh (FB)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Cikgu Fadli merupakan salah seorang pendidik kerajaan yang lantang bersuara jika ada kepincangan dalam sistem pendidikan di sekolah

Malah, beliau juga merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak memberi bantuan kepada murid yang tidak mampu dan dalam kesusahan.

Terdahulu pada tahun 2022, Cikgu Fadli pernah dihadapkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahan kepincangan silibus pendidikan di Malaysia.

Walaupun begitu, beliau tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cikgu Fadli dikatakan bakal dibuang kerja kerana mengkritik sistem pendidikan dengan membantah silibus Matematik murid sekolah rendah yang disifatkan terlalu tinggi dengan keupayaan pelajar.

Beliau juga kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah akibat kepadatan jadual pembelajaran.

Begitupun, tular sejak semalam Cikgu Fadli dikatakan akan mengundurkan diri dan bersara awal

Pengumuman bersara itu diumumkan melalui laman Facebooknya, dengan memuat naik gambar majlis persaraannya di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak.

"Dan akhirnya, tarikh ini tiba jua, Izinkan daku mengundur diri.

"Terima kasih dan maaf atas segalanya.

"3 Januari 2006. Melapor diri di Sk, Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di Sk Taman Melawati 2.

"Oktober 2016 - Februari 2024. Sk 1 Gombak pula terima diri ini.

"Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya.

"Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.

"Izinkan daku mengundur diri." tulisnya.

Lihat posting itu di bawah:

Selamat bersara Cikgu Fadli, terima kasih atas khidmat bakti dan jasamu selama ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: