Tahukah Anda Daftar Haji Boleh Guna KWSP Tanpa Perlu Deposit RM1,300?

Sesuai buat mereka yang baru mula bekerja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fahmi Hamid/Facebook

Bila bercakap mengenai haji, pasti ramai di luar sana yang masih belum mendaftar haji atas faktor tidak cukup wang dan masih muda

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap mereka masih muda jadi pendaftaran tidak perlu dibuat awal-awal. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar tabung haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Jadi jika anda belum mendaftar, daftarlah sekarang walaupun anda masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.

Ini kerana anda juga boleh menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran tabung haji.

Image via The Rakyat Post

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian saudara Fahmi Hamid ini:

Menurut laman web KWSP, inisiatif ini merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP untuk mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendeposit RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji

Malah, kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Selain itu, ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300 sebelum ini dicairkan.

Maklumat lanjut sila hubungi pihak [KWSP](http://www.kwsp.gov.my/portal/epf-members-hajj-registration) atau Tabung Haji di [SINI](http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/www.tabunghaji.gov.my).

Image via Sinar Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi: