seismik

Dah Lama Tangguh, Dayang Nurfaizah Sedang Siapkan Album Baru Buat Peminat

Dayang akan menyanyikan enam buah lagi di Loop Music Festival, 11 Mei.

Cover image via @dayangsayangkamu (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menerusi temu bual, Dayang bakal mengeluarkan album barunya tak lama lagi

Dayang Nurfaizah berkata rutinnya sekarang sedang menghabiskan membuat lagu untuk album barunya setelah lama tertangguh.

Disebabkan Dayang membawa sedikit kelainan dalam album kali ini, Dayang berharap agar lagu Balada dalam album kali ini mendapat sambutan hangat daripada peminat.

"Dayang pun rindu nak nyanyikan lagu-lagu Dayang, lagu ballad." katanya.  

Tambahan lagi, Dayang juga memiliki hasrat untuk membuat konsert sekali lagi.. Namun, mengadakan konsert itu bukanlah mudah seperti yang disangka.

Perancangan untuk membuat konsert itu amat rumit dan perlukan jangka masa yang panjang.

"Bukan senang tau kalau nak buat konsert, planning dia lama and Dayang sendiri kalau nak buat konsert nak buat betul-betul proper." katanya.

Menurutnya, setiap artis akan mempunyai hasrat untuk membuat konsert dan itu menjadi salah satu kepuasan bagi mereka.  

Dayang Nurfaizah kini sedang mempersiapkan diri untuk persembahan di Loop Music Festival

Loop Music Festival bakal diadakan pada 11 Mei, Sabtu di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sudah pasti, ramai yang menanti-nantikan nyanyian daripada pemuzik legend ini.

Yang paling best, Dayang akan menyanyikan enam buah lagu termasuk lagu-lagunya yang lama tidak dipersembahkan.

Selain Dayang, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Masdo, Aisha Retno dan ramai lagi penyanyi tanah air akan turut serta dalam festival ini.

SAYS SEISMIK merupakan platform digital rasmi untuk Loop Festival yang bakal berlangsung hujung minggu ini. 

Jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang!

Lihat video penuh itu di bawah:

@saysseismik

Dayang Nur Faizah bakal keluar album baru ke tu? Haa, mana peminat-peminat Dayang? Jom jumpa Dayang dan artis-artis lain di Loop Music Festival, 11 Mei, Sabtu ini di Axiata Arena, Bukit Jalil! SAYS Seismik merupakan platform digital rasmi untuk Loop Music Festival. #dayangnurfaizah #dayangsayangkamu #loopmusicfestival #axiataarena

Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: