[GAMBAR] 10 Pusat Membeli-Belah Dengan Dekorasi Raya Paling Menakjubkan Tahun Ini

Cantiknya! Macam-macam tema ada.

  • 1. Suria KLCC

    • Singgah ke pusat membeli-belah Suria KLCC untuk merasakan suasana desa dengan hiasan Raya bertemakan rumah tradisional kampung.

      Ruangan tengah pusat membeli-belah ini penuh dengan keindahan binaan rumah papan yang beratapkan daun nipah pasti menggamit nostalgia suasana di desa, menaikkan lagi semangat hari lebaran dalam hati para pengunjung.

  • 2. Pavilion KL

    • Dekorasi Raya Pavilion Kuala Lumpur pada tahun ini dihiasi selaras dengan tema 'Raya Seribu Impian',

      Bukan sekadar menghiasi ruang tengah pusat membeli-belah itu, bahkan di gerbang utama pintu masuk turut terdapat hiasan membolehkan pengunjung menangkap gambar sebelum memulakan kegiatan beli-belah.

      Tema 'Raya Seribu Impian' mempamerkan elemen tirai bermotifkan bintang-bintang membuatkan pengunjung seperti diulit mimpi indah.

  • 3. Starling Mall

    • Tahun ini, Starling Mall kelihatan cantik dihiasi dengan elemen yang unik dan lain daripada yang lain sempena perayaan Hari Raya.

      Dengan tema 'Cahaya Aidilfitri', Starling Mall tidak lagi menggunakan pelita tradisional sebagai hiasan bahkan terdapat penafsiran pelita moden, digabungkan dengan pengaruh gaya Maghribi.

      Dengan elemen burung-burung beterbangan di atas, sekali gus menaikkan lagi keindahan hiasan Raya tahun ini.

  • 4. Quill City Mall

  • 5. Sunway Pyramid

    • Untuk hari Raya tahun ini, Sunway Pyramid membawa 'Radiance of Raya' kepada para pengunjung dengan campuran hiasan moden dan tradisional.

      Memenuhi ruang tengahnya dengan elemen buluh dan lampu bewarna-warni mewujudkan suasana indah yang lain daripada yang lain untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.

      Terdapat juga ruang photobooth bagi pengunjung yang ingin mencipta memori dengan yang tersayang sempena perayaan yang indah ini.

  • 6. eCurve

    • Tahun ini, eCurve benar-benar memberi semangat pulang beraya kepada para pengunjung dengan hiasannya yang bertemakan lebuhraya.

      Disertakan dengan pondok tol dan tumbuh-tumbuhan dalam pasu serta lampu jalan pasti menambahkan lagi keinginan pengunjung untuk segera balik ke kampung halaman.

  • 7. Queensbay Mall

    • Pengunjung pasti terpesona dan terpegun sebaik sahaja memasuki ruang tengah Queensbay Mall dengan hiasan hari Raya yang umpama berada istana kayangan.

      Menggunakan warna kuning keemasan sebagai warna utama hiasan Raya, benar-benar membuatkan ruang ini tampak mewah dan penuh kelas.

      Dengan tema 'Irama Aidilfitri', pengunjung boleh mengambil gambar bersama yang tersayang untuk menghiasi ruangan media sosial.

  • 8. Mid Valley Megamall

    • Mid Valley Megamall tahun ini menghiasi ruang tengah pusat membeli-belah itu dengan pondok-pondok indah membuatkan pengunjung merasakan suasana desa.

      Hasil kraftangan anyaman digunakan untuk menghiasi ruangan itu diserikan lagi dengan pondok anyaman yang membenarkan pengunjung untuk melihat secara langsung bagaimana proses anyaman dilakukan.

      Pemilihan bunga kertas berwarna merah jambu dan ungu pada ruangan atap pondok menarik perhatian pengunjung sekali gus menarik mereka untuk mengunjungi tapak jualan.

  • 9. One Utama

    • Tahun ini One Utama Shopping Centre mengambil pendekatan dekorasi yang mengambil inspirasi dari binaan dan pemandangan dari kota Maghribi.

      Bertemakan 'Ikatan Silaturahim Hari Raya', pengunjung pastinya akan terpukau dengan binaan bangunan yang membuatkan sesiapa sahaja akan berasa seperti benar-benar berada di Maghribi.

      Pengunjung juga akan dibenarkan untuk bersantai di atas permaidani di tengah-tengah ruang jualan.

  • 10. The Mines

    • Hiasan Raya pusat membeli-belah The Mines pasti memberi impak mendalam kepada pengunjung terutama yang kampung halamannya di tepi laut.

      Dengan bertemakan perkampungan nelayan beserta dengan sampan pasti memberi 'feel' kepada para pengunjung seolah-olah dapat merasakan udara segar dari laut, sekali gus membawa perasaan damai dan nostalgia dalam sanubari mereka. 

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Dah layan iklan-iklan Raya yang power ni?

Most-read stories today

Leave a comment