seismik

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Dimakan, Tunaikan Bayaran Zakat Fitrah Anda Sekarang!

Bayar Zakat Fitrah pada Amil yang telah dilantik atau buat secara online.

Cover image via Lembaga Zakat Selangor

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor.

Warga Selangor, anda dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang!

Semoga dengan perbuatan kita ini, orang di sekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Kadar Zakat Fitrah di Selangor masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya

Bagi pengetahuan anda, kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2023, bersamaan 1444 Hijrah telah ditetapkan sebanyak RM7, RM14 dan RM21 seorang.

Kadar-kadar ini ditentukan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Berikut senarai kadar bayaran untuk rujukan anda.

1. Kadar RM7 – Beras super special tempatan (Kupon berwarna hijau)

2. Kadar RM14 – Beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi (Kupon berwarna merah)

3. Kadar RM21 – Beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf (Kupon berwarna oren)

Bayar Zakat Fitrah pada Amil yang telah dilantik atau buat secara online

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF), 17 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 92 Maahad Tahfiz serta Sekolah Agama Swasta di negeri Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Pastikan anda bayar zakat melalui PAF berdasarkan kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, Lembaga Zakat Selangor turut menyediakan Zakat On Wheels di lokasi strategik seperti di masjid, bazar Ramadan, pasar tani, pasar raya dan sebagainya bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pembayaran Zakat Fitrah dan Zakat Harta melalui saluran-saluran online yang sahih seperti di bawah.

1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my

2. Perbankan internet

3. Portal MyEg

4. Pos Online

5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

18 cawangan Lembaga Zakat Selangor, beroperasi 7 hari seminggu

Kini, 18 cawangan Lembaga Zakat Selangor termasuklah cawangan zakat UTC Shah Alam beroperasi selama 7 hari seminggu bagi memudahkan proses pembayaran zakat.

Waktu urusan adalah seperti berikut:

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum : 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Oleh itu, gunakan peluang ini untuk menjalankan rukun Islam yang keempat iaitu mengeluarkan zakat bagi menjamin kemaslahatan masyarakat.

Muat turun aplikasi Zakat Selangor di Google Play Store untuk versi android dan Apple App Store untuk versi iOS bagi memudahkan urusan pengiraan dan pembayaran zakat anda sekarang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik