seismik

Pengalaman Seram Sebuah Drone Merakam Highland Towers Buat Pertama Kali. Hasilnya?

Apa yang drone ini dapat rakamkan?

Cover image via youtube.com

Highland Towers; satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular?

Image via wikimedia.org

Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa

Image via pixshark.com

Tragedi ini adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sejak itu, Highland Towers langsung tidak berpenghuni sehingga kini dan telah meninggalkan banyak kisah-kisah seram, mistik, dan aneh yang sukar untuk diterangkan

Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini.

Video dimulakan dengan mempamerkan bangunan Highland Towers yang usang tetapi masih berdiri teguh disebalik hutan tebal. Jujurnya, kami sudah mula rasa seram walaupun video ini baru saja bermula.

Image via youtube.com

Melihatkan pada ranting pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang menjalar di setiap ruang bangunan sudah mampu menaikkan bulu roma. Dengan berlatarbelakangkan muzik seram, menjadikan kami lebih teruja untuk lihat lebih lagi.

Image via youtube.com

3 minit berlalu, hanya paparan waktu siang ditunjukkan. Sebelum pergi lebih lanjut, kepada sesiapa yang menyangka video ini hanya dirakam pada waktu siang...

Image via youtube.com

... anda salah! Drone ini turut berlegar-legar ke bahagian dalam Highland Towers pada waktu malam. Kita boleh lihat banyak contengan misteri terpapar pada dinding bangunan. Menakutkan sungguh.

Image via youtube.com

Apa yang anda lihat? Ada nampak apa-apa kelibat?

Image via youtube.com

Kalau nampak, simpan saja dalam hati.

Banyak lagi contengan ditemui dan semuanya agak aneh, ngeri, dan seram, membuatkan kami tertanya-tanya siapakah gerangan yang melakukan kerja sebegini

Image via youtube.com

Dan akhir sekali...

Image via youtube.com

... pintu tertutup dengan sendirinya!

Apa kata anda lihat sendiri video penuh di bawah. Kalau takut, lebih baik jangan tengok. Sebab nak habiskan masa 9 minit 50 saat tonton video ini memang satu pengalaman yang menyeramkan.

Bagi yang berani, sila tengok dengan volume penuh. Kalau beranilah.

Kalau nak lebih seram, boleh layan pula cerita hantu popular zaman dulu-dulu di Malaysia DI SINI:

You may be interested in: