Lihat Team OhBulan! Travel 5 Hari Ke Davao, Filipina. Lokasi 'Rare' Yang Menakjubkan!

Fuuhh seronok!

  • Pernah dengar Davao?

    • Kami pasti ramai yang tak berapa kenal dengan sebuah bandar di Filipina ini kerana popularitinya tidaklah sehebat Boracay atau Palawan.

      Tapi itu tidak bermakna Davao ini kurang tarikannya. Terletak di Mindanao, Davao merupakan bandar terbesar di Filipina dari segi keluasan tanah. Lebih menarik, Davao City juga adalah bandar yang mempunyai penduduk paling ramai di negara itu selain Metro Manila.

      Serius, tak pernah tahu pun sebelum ni.

      • 3a41 Image via Google
        Kedudukan Davao. Dekat je dengan Sabah.
  • Apa yang menarik tentang Davao? Kalau nak tahu, jom kita ikut pengembaraan team OHBULAN! selama 5 hari di sana.

    • AirAsia menghantar team OHBULAN! untuk rasai pengalaman dan lihat sendiri apa yang menarik di Davao City supaya mereka boleh share keunikannya kepada kaki jalan di luar sana. Baca aktiviti mereka sepanjang 5 hari di bawah:

  • Day 1: First day rasa excited sangat

    • Sebelum cerita apa yang best kat Davao City, kami pergi sana dengan 3 lagi rakan media. Flight kami dari KLIA2 pukul 8:30 pagi dan dijangka sampai Ninoy Aquino International Airport di Manila lebih kurang jam 12 atau 1 tengahari. Sebab apa turun Manila? Kami transit penerbangan domestik ke Davao sebab belum ada direct flight ke sana lagi. Tapi, ada surprise untuk korang kat hujung artikel. Baca sampai habis!

    • Dari Manila ke Francisco Bangoy International Airport di Davao City pula hanya ambil masa sejam. Kami sampai lebih kurang jam 5:30 petang dan disambut meriah oleh pihak Pelancongan Filipina dengan tarian kebudayaan Indigenous Mindanaon Dance. Unik habis!

    • Lepastu, kami dibawa oleh van pelancongan dengan bantuan tour guide kami, Samuel untuk check-in hotel pertama iaitu Marco Polo Hotel di Davao City. Jarak antara hotel dan lapangan terbang hanya 30 minit. Sampai di Marco Polo Hotel, kami terus makan malam sebab perut dah berkeroncong dari dalam flight lagi.

  • Day 2: Jom kita lawat tempat tarikan pelancong yang ada kat Davao City!

    • Hari ke-2 kami dibawa melawat pelbagai tempat tarikan pelancong. Tak sabarnya! Lepas breakfast je, terus mulakan perjalanan ke Davao City yang tak jauh dari Marco Polo Hotel. Lebih kurang 15-20 minit je. Jom tengok apa yang menarik sekitar Davao City!

      1. Davao City Hall

    • Davao City Hall ni macam ala-ala DBKL, office diorang cool tapi klasik sebab bangunan lama. Kami melawat pejabat lama ‘Datuk Bandar’, sekarang dah pindah ke bangunan baru.

      2. San Pedro Cathedral

    • Ini San Pedro Cathedral, sebuah gereja Roman Katolik yang dibina pada 1847 dengan konsep arkitek Spanish-style.

    • 3. Museo Dabawenyo

    • Kami juga melawat galeri Museo Dabawenyo yang menempatkan sejarah, seni & budaya masyarakat Davao!

      4. Rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

    • Inilah rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Dona Luisa Village yang sederhana. Orangnya pun humble!

      5. Durian Candy Factory

    • Minat durian? Kat Durian Candy Factory, gula-gula durian dibuat segar setiap hari. Harga pun boleh tahan murah!

    • 6. Lunch kat Balik Bukid Farm & Kitchen. Halal tau!

    • Penat berjalan, kami lunch kat Balik Bukid Farm & Kitchen yang menghidangkan juadah organik. Antara juadah yang kami cuba, Chicken Adobo, Paseared Garlic Malasugui Fish dan ice cream basket yang mempunyai pelbagai perisa. Apa yang kami suka, rekaan dan suasana restoran ni yang ‘back to nature‘. Tengok lah ni!

    • Selesai lunch, kami sambung melawat tempat menarik lagi kat Davao City ni.

    • 7. Philippines Eagle Centre

    • Philippines Eagle Centre menempatkan 36 helang Filipina serta 10 lagi spesis burung lain, 4 spesis mamalia dan 2 spesis reptilia.

      8. Malagos Garden Resort

    • Malagos Garden Resort adalah muzium coklat pertama di Filipina yang mana korang boleh belajar sejarah koko dan buat coklat korang sendiri!

      9. Dinner kami di Rekado Filipino Comfort Cuisine

    • Waktu makan malam kami enjoy di Rekado Filipino Comfort Cuisine. Memang recommended untuk korang yang nak jamu hidangan eksklusif dalam suasana tenang dengan keluarga dan kawan. Makanan dia pun sedap!

  • Day 3: Kini, tiba masanya untuk snorkeling dan diving!

    • Hari ke-3 kami check-out dari Marco Polo Hotel dan satu hari tu kami pack dengan aktiviti dalam dan atas air di sekitar Pulau Talikud. Siapa minat aktiviti air, banyak bot dan kapal menawarkan servis menyelam ikut pakej berpatutan sekali dengan makan atas bot.

    • Dari jauh boleh nampak air laut yang tenang dan berwarna biru, memang tak sabar rasanya!

    • 1. Tempat diving pertama: Coral Garden

    • Tempat snorkeling dan diving pertama kami, Coral Garden yang terletak kira-kira 45 minit dari Davao City menempatkan batu karang pelbagai jenis dalam warna yang cantik-cantik!

    • 2. Kami tak snorkeling, tapi lunch Angel's Cove. Cantik kan view?

    • Dah masuk waktu makan tengahari, kami lunch atas bot di Angel’s Cove sambil tengok penduduk sekitar berniaga dan menangkap hasil laut.

    • Selfie kat atas bot lepas makan!

    • 3. Snorkeling di Tagbaobao Falls

    • Haa, lepastu kami dapat tengok ‘kerang raksasa’ kat Tagbaobao Falls. Banyak kerang besarnya 2-3 kali dari saiz badan korang tau!

      Puas snorkeling dan diving, kami check-in hotel kedua untuk trip kali ni. Pearl Farm Beach Resort di Pulau Samal terletak tak jauh dari spot terakhir snorkeling. Sampai je Pearl Farm Beach Resort, kami terpegun dengan pemandangan resort tepi pantai! Memang bukak pintu bilik je nampak view pantai. Tengok je lah gambar kami ni!

  • Day 4: Apa yang menarik kat Pulau Samal? Jom explore!

    • Hari ke-4, settle je breakfast kami terus naik van dan jalan-jalan sekitar Pulau Samal untuk tengok apa yang menarik. Sepanjang perjalanan, kami lalu hutan dan nampak aktiviti utama penduduk sekitar adalah mencari sumber semula jadi untuk dijual. Not bad juga rumah-rumah dan jalan kat Pulau Samal, terurus!

      1. Hagimit Falls

    • Kira-kira 20 minit perjalanan, kami singgah di Hagimit Falls, kawasan air terjun yang cantik dan biru airnya. Sesuai kalau bawa anak-anak mandi kat sana!

    • Sepanjang perjalanan 150 anak tangga untuk naik dan turun dari Hagimit Falls, terdapat penduduk sekitar yang menjual makanan tradisi iaitu ‘Salvaro’. Ia adalah nasi kepal yang disapu santan dan dibakar. Rasanya manis-manis!

    • 2. Monfort Bat Cave

    • Seterusnya, kami lawat Monfort Bat Cave yang menjadi habitat 2.5 juta kelawar dari pelbagai spesis.

    • Dari jauh boleh dengar kicauan kelawar-kelawar tu!

    • 3. Lunch kami di Hijo Resorts Davao, pun restoran yang diiktiraf Halal

    • Selesai tengok keindahan alam semula jadi, perut pun lapar kami lunch kat satu restoran di Hijo Resorts Davao yang juga diiktiraf Halal sebelum memulakan trip pertanian di sana. Senang kan cari tempat makan Halal kat Davao City?

      Hijo Resorts Davao ini merupakan kawasan penanaman pisang dan kelapa tertua di Filipina yang turut menawarkan tempat penginapan, peranginan, lawatan dan banyak lagi!

      4. Ladang penanaman pisang kat Hijo Resorts Davao

    • Kami mulakan lawatan dengan meninjau 177 hektar ladang pisang dengan teknologi canggih untuk tujuan import ke negara luar contohnya Vietnam dan Thailand. Memang banyak gila pokok pisang!

    • 4. Forest Tour untuk enjoy keindahan hutan di Hijo Resorts Davao

    • Kemudian, kami menikmati keindahan alam semula jadi semasa lawatan ke hutan simpan yang menempatkan haiwan liar dan pokok terancam. Tengok dari atas jambatan gantung je!

    • Korang pun boleh try main game lepas pusing-pusing tengok hutan kat sini. Lepaskan stress!

    • Puas tengok haiwan liar dan tanaman, kami nak rehat dan perut pun lapar. Kami dibawa ke tempat penginapan ke-3 iaitu di Waterfront Insular Hotel dan sekali jamah makan malam di Bistro Selera, SM Lanang Premier di hotel tu. Makanan dia mengancam nafsu betul!

    • Ni bilik kami untuk malam terakhir di Davao City di Waterfront Insular Hotel.

  • Day 5: Last day kat Davao City. Sedihnya!

    • Hari ke-5 kat Davao City, bermakna ni hari terkahir kami kat sini. Rasa sekejap je 5 hari berlalu. Jam 7 pagi kami check-out dari Waterfront Insular Hotel dan terus ke Francisco Bangoy International Airport untuk transit di Ninoy Aquino International Airport di Manila sebelum ke KLIA2.

    • Sempat juga kami pusing-pusing Manila dan makan kat Buffet 101 di Glorietta. Bufet bertaraf 5 bintang!

  • Nak pergi Davao City juga?

    • Haa, excited tak nak pergi Davao City lepas kami kongsi apa yang menarik kat sana? Ada yang lebih menarik! Lepasni, AirAsia akan ada direct flight ke Davao City, tak perlu transit bermula Disember 2017 untuk kemudahan korang! Tiket boleh didapati pada harga RM159 all-inclusive. Wow, murah kan?

      Tempah sekarang hingga 19 November 2017
      Terbang dari 21 Disember 2017 hingga 30 April 2018

    • Terima kasih AirAsia kerana sudi bawa OHBULAN! menikmati sendiri keunikan Davao City. Terima kasih juga kepada pihak Pelancongan Filipina kerana menguruskan tempat penginapan yang sangat selesa dan aktiviti menyeronokkan. Kami takkan boleh lupa semua tu buat selamanya!

    • Bersama tour guide kami, Samuel (kiri) dan wakil dari pihak Pelancongan Filipina.

      Jumpa lagi Davao City, Filipina!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Penulis kami, Zaidi pula berpeluang ke Jepun selama 8 hari. Baca pengalamannya DI SINI:

Leave a comment