[GALERI] "Tangan Bionik" Adik Amanda Beri Erti Baru Dalam Kehidupan
"Adik dah dapat tangan baru,” kata adik Amanda penuh gembira.
Rasanya, semua orang sudah kenal dengan "budak tangan di syurga", adik Ainaa Amanda Shahzali yang mendapat perhatian di laman sosial pada minggu lepas
Kisah adik Amanda begitu menyayat hati kerana dia tidak mempunyai telapak tangan kanan secara semula jadi sejak dilahirkan. Rata-rata rakyat Malaysia berasa sungguh simpati dengan nasib yang menimpa adik Amanda.
Namun begitu, kesedihan orang ramai selama ini bakal bertukar menjadi senyuman. Adik Amanda kini dihadiahkan dengan tangan mekanikal dari syarikat Pebblereka.
Adik Amanda yang tampak begitu ceria dengan pemberian tersebut segera mengenakan "tangan baru" itu dan terus bersalaman dengan ibunya sambil membelai pipi
“Tak sabar rasanya nak ke sekolah esok, nak tunjuk dekat kawan-kawan dan cikgu. Adik dah dapat tangan baru,” kata adik Amanda dengan ceria.
utusan.com.myDalam pada itu, ibunya, Abby Hassan berkata dia cukup tersentuh apabila anaknya itu membelai pipi dan bersalaman dengannya apabila mengenakan tangan baru tersebut
“Saya langsung tidak menyangka video yang saya muat naik itu mendapat perhatian umum sehingga menjadi viral dan membantu anak saya mendapat 'tangan ganti’.
“Saya amat bersyukur dengan pemberian ini dan berharap kehidupan Ainaa Amanda akan lebih ceria. Reaksinya memegang dan menangkap bola ketika dibaling ke arahnya amat mengejutkan kami semua kerana dia sudah pantas mengendalikan tangan tersebut,” kata Abby.
Menurut penyumbang tangan berkenaan, Sujana Mohd. Rejab, dia segera berhubung dengan Abby selepas mengetahui keadaan Amanda di laman sosial. Beliau juga agak terkejut kerana adik Amanda begitu cepat membiasakan diri dengan tangan berkenaan.
Sujana yang mencipta sendiri tangan mekanikal itu dengan bantuan seorang rakannya selama dua hari berkata, pada kebiasaan, seseorang itu memerlukan masa antara satu hingga ke tiga bulan untuk membiasakan diri menggunakannya.
“Set tangan ini masih di peringkat awal. Apabila adik Ainaa Amanda sudah selesa dan mahir menggunakannya, kami akan membuat penambahbaikan supaya kelihatan lebih kemas dan menarik,” katanya.
Status adik Amanda kini boleh dianggap sama seperti selebriti. Penyampai radio, Fara Fauzana, penyanyi, Shila Amzah dan pengacara MHI, Nadia tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenangan bersama adik Amanda...
Lihat lagi gambar gelagat adik Amanda mengenakan "tangan baru" DI SINI: