[GEMPAR] Ramli MS Dan Alyah Dah Nikah Setahun Lebih!

Akhirnya, segala gosip yang berlegar selama ini terjawab!

  • [TERKINI] "Kami Kahwin Atas Restu Keluarga, Bukan Kahwin Lari," Kata Alyah

      • Alyah menegaskan yang perkahwinannya dengan Datuk Ramli MS mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
    • Alyah menegaskan yang perkahwinannya dengan Datuk Ramli MS mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak dan bukannya kahwin lari seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Ada desas-desus kononnya ibu Alyah menangis kerana anaknya dipaksa kahwin lari, namun ternyata ia adalah palsu semata-mata.

      beautifulnara.com
    • "Yang pasti, kami tak kahwin lari atau membelakangkan keluarga. Kami kahwin atas restu keluarga. Tak timbul isu saya menderhaka sehingga wujud cerita ibu saya menangis," ujar Alyah.

      bharian.com.my
  • Sementara Itu, Alyah Juga Memilih Untuk Tidak Mendedahkan Sebab Kenapa Mereka Merahsiakan Perkahwinan Mereka Daripada Khalayak Ramai

      • 33ab Image via murai.com.my
        Ramli MS dan Alyah memilih untuk tidak mendedahkan sebab kenapa mereka merahsiakan tentang perkahwinan mereka.
    • "Soal kenapa dirahsiakan itu, saya rasa biarlah dia (Ramli) yang jawab. Cuma di pihak saya, apabila berkahwin ini segala keputusan bukan atas diri sendiri. Sekarang dah ada suami, banyak benda kena rujuk kepada dia."

      bharian.com.my
    • "Soal rahsia perkahwinan ini pun bukan suka suka. Hanya orang awam saja tak tahu tapi keluarga kami tahu kami sudah berkahwin. Cuma saya mohon pengertian orang di luar sana," katanya.

      bharian.com.my
  • Dalam Perkembangan Lain, Alyah Akui Terasa Janggal Apabila Orang Ramai Mula Memanggilnya Dengan Gelaran Datin

    • "Kehidupan saya macam biasa. Cuma mana-mana orang akan cakap tahniah. Tak kurang juga yang ucap Selamat Pengantin Baru. Malah ada yang usik saya dengan panggilan Datin."

      beautifulnara.com
    • "Mula mula janggal juga dengan panggilan itu. Alyah tak ambil pusing sangat gelaran itu. Insiden yang terjadi itu sudah tak mahu saya dikenang. Apa yang terjadi ada hikmahnya."

      bharian.com.my
    • "Bukan saya tak pernah lalui kesukaran sedemikian rupa. Apa yang pasti saya mendapat maklum balas yang positif dan tak ada yang cakap belakang," katanya lagi.

      beautifulnara.com
  • Alyah Juga Ditanya Mengenai Majlis Resepsi Perkahwinannya Bersama Ramli MS. Bilakah Ia Akan Diadakan?

    • "Soal majlis itu kena tanya dia. Tapi saya dengar dia nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baharu bulan ni atau awal bulan depan, bukan resepsi seperti yang dihebohkan sebelum ini," tambah Alyah.

      bharian.com.my
    • Alyah kini masih menetap di rumahnya sekitar Damansara dan berulang alik ke rumah Ramli di Kinrara untuk membantu suaminya mengemas rumah.

      beautifulnara.com
  • 5 September: Ramli MS Dan Alyah Boleh Dipenjara Kerana Lewat Daftar Nikah

    • Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.

      mstar.com.my
      • A7a2 Image via worldcdn.net
        Ramli MS dan Alyah boleh dipenjara kerana lewat daftar nikah.
    • "Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut."

      mstar.com.my
    • "Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku," katanya.

      mstar.com.my
  • Walaupun Bukti Nikah Sudah Pun Dijelaskan, Hubungan Ramli MS Dan Alyah Kini Disiasat Secara Menyeluruh Memandangkan Usia Perkahwinan Mereka Telah Menjangkau Lebih Setahun

    • "Jika jelas peraturan itu dilanggar maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35."

      rotikaya.com
    • "Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkara-perkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan," jelasnya lagi.

      mstar.com.my
  • 2 September: JAIS Puas Hati Bukti Nikah Ramli MS Dan Alyah

      • E131 Image via worldcdn.net
        Datuk Ramli MS hadir ke pejabat JAIS pada 2 September 2014.
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Dato Ramli Bin Mohamed Salleh telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3.00 petang. Dokumen yang dipohon oleh JAIS telah diserahkan kepada pegawai penyiasat.

      rotikaya.com
    • Antara dokumen yang diserah adalah pasport perjalanan Noor Hasilah Binti Abu Hasan, pasport perjalanan Dato Ramli bin Mohamed Salleh dan buku nikah pasangan suami & isteri.

      rotikaya.com
  • Sebagai Makluman Umum, Tarikh Pernikahan Dato Ramli Bin Mohamed Salleh Bersama Noor Hasilah Binti Abu Hassan Adalah Pada 18 Mac 2013

    • Bagi melengkapkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon agar Dato Ramli Bin Mohamed Salleh menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau.

      rotikaya.com
      • 21dd Image via worldcdn.net
        Kenyataan rasmi JAIS berhubung status perkahwinan Ramli MS dan Alyah.
  • 1 September: "Tak Salah Ramli MS Dan Alyah Sorok Nikah," Kata Ustaz Kazim Elias

    • Pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias memaklumkan tindakan Datuk Ramli MS & isterinya, Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga kedua dua belah pihak.

      rotikaya.com
    • “Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.”

      beautifulnara.com
    • “Ini bererti, seekor kambing pun cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu,“ ujar Ustaz Kazim.

      bmalaysia.com
  • Menurut Undang-Undang Islam, Menyembunyikan Perkahwinan Tidak Akan Jatuh Talak Sebaliknya Ia Dikategorikan Sebagai Kinayah

    • "Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu. Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah."

      mstar.com.my
    • "Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka,“ tambahnya lagi mengulas tentang isu ini," katanya lagi.

      rotikaya.com
  • 29 Ogos: "Kenapa Semua Nak Sibuk? Macamlah Saya Jual Pil Kuda!" Kata Ramli MS

    • “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”

      hmetro.com.my
    • “Sedangkan kami (Ramli dan pihak JAIS) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah,” katanya.

      rotikaya.com
  • Ramli Mendedahkan Bahawa Dia Dan Alyah Sudah Bernikah Sejak Mac 2013 Tetapi Enggan Memberitahu Sebab Mengapa Mereka Merahsiakan Perkara Tersebut

    • Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 54, berkata, dia sudah berkahwin dengan Alyah pada Mac 2013 di Batam, Indonesia tetapi enggan menyatakan sebab mereka merahsiakan pernikahan itu.

      hmetro.com.my
    • "Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya lagi.

      mstar.com.my
  • 28 Ogos: Industri Hiburan Tanahair Digemparkan Dengan Berita Pernikahan Alyah Dan Datuk Ramli MS Yang Mula Tersiar Pada 28 Ogos 2014 Selepas Kediaman Ramli Diserbu Pegawai JAIS

      • D32d Image via bharian.com.my
        Pegawai JAIS melakukan serbuan ke kediaman Ramli MS pada pagi 28 Ogos 2014.
    • Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama, Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara pada pagi 28 Ogos 2014 dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.

      bharian.com.my
    • Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudahpun berkahwin.

      bharian.com.my
  • Semasa Serbuan Dilakukan, Alyah Turut Berada Di Kediaman Ramli MS Bersama Kenderaan Pacuan Empat Roda Miliknya

    • Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

      utaranews.com
      • 6763 Image via bharian.com.my
        Kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi milik Alyah di kediaman Ramli MS.
    • Wartawan Berita Harian yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

      bharian.com.my
    • Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

      utaranews.com
  • Alyah Dan Ramli MS Dipercayai Melangsungkan Pernikahan Mereka Di Batam, Indonesia Sejak Setahun Lebih Yang Lalu Namun Masih Belum Mendaftar Perkahwinan Mereka Di Malaysia

    • Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

      bharian.com.my
    • Pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat JAIS untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.

      mstar.com.my
  • Sebelum Ini, Masing-Masing Memilih Untuk Mengunci Mulut Bila Ditanya Mengenai Status Hubungan Mereka. Alyah Juga Dikatakan Agak Tertekan Dengan Isu Ini Dan Mengharapkan Agar Ianya Dapat Diselesaikan Secepat Mungkin.

      • Alyah mengaku agak tertekan dengan gosip yang tersebar selama ini.
    • “Yang difokus selalunya pada pihak saya dan orang tak berani tanya pihak lagi satu. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh pula. Di mana saya nak letak maruah saya sebagai seorang wanita."

      ohbulan.com
    • "Saya agak tergugat dengan hal ini. Cuma saya tak pernah putus memanjangkan doa supaya isu tergantung ini akan berakhir dengan penjelasan nyata. Ia jadi susah apabila satu pihak okay dan satu lagi sebaliknya. Jadi di pihak saya, nak cakap pun susah," kata Alyah.

      ohbulan.com
  • Walaupun Tertekan, Alyah Tidak Pernah Mengaku Atau Menafikan Khabar Angin Tersebut. Dia Memilih Untuk Berdiam Diri Kerana Khuatir Sesuatu Yang Lebih Buruk Akan Berlaku.

      • De35 Image via ohbulan.com
        Alyah memilih untuk berdiam diri kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.
    • “Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup."

      bharian.com.my
    • "Saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu nanti pada kemudian hari ia jadi bertambah buruk. Selama saya memulakan kerjaya, sudah terlalu banyak perkara buruk yang dilalui," katanya lagi.

      bharian.com.my
  • Kini, Segalanya Sudah Terjawab. Tahniah Diucapkan Kepada Alyah Dan Ramli MS Di Atas Pernikahan Mereka. Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat.

  • Selain Berita Pernikahan Alyah Dan Ramli MS, Orang Ramai Turut Terkejut Dengan Berita Pembatalan Perkahwinan Dazrin Dan Amyra Rosli Baru-Baru Ini

Leave a comment