seismik

Syed Saddiq Terlalu Muda Jadi Menteri? Lihat 5 Pemimpin Muda Ini Yang Telah Mengubah Dunia

Youth power on the rise!

Cover image via Teen.Co

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet dan melafazkan taat setia, selain sumpah simpan rahsia telah diadakan di Istana Negara pada jam 11 pagi, hari ini, 2 Julai

Istiadat terebut yang dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Upacara pelantikan baharu itu melibatkan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri, menjadikan keseluruhan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebanyak 26 Menteri.

Turut dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet Pakatan Harapan adalah YB Syed Saddiq yang menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan

Image via The Coverage

YB Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar telah mencatat sejarah politik negara Malaysia dengan menjadi individu termuda dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet kerajaan pada usia 25 tahun.

Pelantikan beliau turut mendapat sokongan daripada mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin.

Melantik golongan belia mungkin sesuatu yang baru dalam politik Malaysia namun ia telah pun diaplikasikan dalam politik seluruh dunia

Berikut adalah senarai golongan belia dalam politik dunia:

1. Jacinda Ardern, 38, Perdana Menteri New Zealand

Jacinda merupakan pemimpin parti pembangkang iaitu Parti Buruh di New Zealand semenjak 1 Ogos 2017.

Parti tersebut telah berjaya membentuk kerajaan selepas parti New Zealand First pimpinan Winston Peters memilih untuk berpihak kepadanya berbanding Parti Nasional pimpinan mantan Perdana Menteri iaitu Bill English.

Image via The National

Parti New Zealand First menjadi kuasa penentu pembentuk kerajaan baru setelah tiada parti menang majoriti mutlak dalam pilihan raya umum bulan lalu.

Berusia hanya 37 tahun, Jacinda telah dilantik menjadi Perdana Menteri New Zealand ke-40 yang juga telah mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri New Zealand termuda dalam masa lebih 150 tahun.

Di samping itu, Jacinda juga pernah berkhidmat sebagai antara 80 penasihat polisi Tony Blair semasa beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain.

2. Sebastian Kurz, 32, Canselor Austria

Image via Pinterest

Beliau mula berkhidmat sebagai Menteri Hubungan Luar dan Integrasi Austria pada 16 Disember 2013 pada usia 27 tahun sekali gus menjadi Menteri Luar termuda di negara-negara Eropah.

Pada Mei 2017, beliau menjadi pengerusi Parti Rakyat Austria (ÖVP) dan berikutan pilihan raya perundangan 2017, ÖVP yang diketuai oleh beliau telah memperoleh paling banyak kerusi di Majlis Kebangsaan, menjadikan beliau dalam kedudukan untuk layak memimpin kerajaan seterusnya.

Image via The National

Sebastian telah dilantik sebagai Canselor Austria oleh Presiden Negara, Alexander van der Bellen pada 20 Oktober 2017 pada usia hanya 31 tahun.

Sebastian juga bertanggungjawab dalam penganjuran Persidangan Impak Senjata Nuklear di Vienna pada tahun 2014 yang kemudian membawa kepada perjanjian program nuklear Iran pada tahun 2015.

Selain itu, beliau turut mengutarakan pelbagai idea berkenaan krisis pelarian di Eropah dan telah mencadangkan satu undang-undang bagi mengehadkan peruntukan luar bagi kegiatan agama Islam bagi menghalang ancaman radikalisme.

3. Shamma al-Mazrui, 24, Menteri Hal Ehwal Belia Emeriah Arab Bersatu (UAE)

Image via The National

Shamma Al Mazrui, seorang wanita belia berusia 23 tahun telah berjaya melakar sejarah apabila beliau dilantik untuk memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Belia Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Presiden Majlis Belia Negara pada Februari 2016.

Pelantikannya itu sekali gus menjadikan Shamma sebagai menteri kabinet yang termuda di dunia.

Shamma telah memegang sarjana Diplomasi Awam dari Oxford University dan juga ijazah dalam bidang Ekonomi dari New York University.

4. Jüri Ratas, 40, Perdana Menteri Estonia

Image via E-Estonia

Beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Parlimen Riigikogu dari 2007 hingga 2016 dan merupakan Datuk Bandar Tallinn dari 2005 hingga 2007. Sebagai Datuk Bandar Tallinn, beliau memulakan program European Green Capital.

Pada 5 November 2016, Juri dipilih untuk menggantikan Edgar Savisaar sebagai Perdana Menteri Estonia.

Image via News.Err

Selepas kabinet kedua Taavi Rõivas berpecah pada bulan November 2016 disebabkan konflik dalaman, rundingan gabungan bermula antara Parti Pusat dan Parti Demokratik Sosial serta Kesatuan Pro Patria dan Res Publica.

Pada November 2016, ketiga-tiga parti terbabit bersetuju untuk membentuk kerajaan baru yang diketuai oleh Juri. Beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Estonia pada bulan yang sama pada usia 38 tahun.

5. Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, 38, Raja Bhutan

Image via NorthEast Now

Jigme yang merupakan graduan Universiti Oxford telah ditabalkan sebagai raja Bhutan bagi menggantikan tempat bapanya, Jigme Singye Wangchuck pada November 2008 pada usia hanya 28 tahun menjadikan beliau raja paling muda di dunia.

Raja muda ini dikatakan sangat disayangi oleh rakyat Bhutan, yang menerapkan gabungan elemen tradisional dan moden dalam pemerintahannya.

Baginda telah memulakan pemerintahan dengan menyaksikan pendemokrasian negara seperti mempertimbangkan undang-undang pengundian, pembaharuan dasar tanah dan pelbagai lagi isu penting yang lain.

Image via Zimbio

Baginda juga pernah bertitah bahawa generasi belia rakyat Bhutan masa kini harus memikul tanggungjawab memastikan kejayaan demokrasi negara dan sering kali menggalakkan rakyat Bhutan mengenai pentingnya mencapai peningkatan mutu tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan awam dan sebagainya.

Baginda telah menandatangani perjanjian persahabatan baru dengan India pada bulan Februari 2007, yang menggantikan perjanjian lama pada tahun 1949.

Perdana Menteri Bhutan, Jigmi Thinley menyifatkan baginda yang kini berusia 38 tahun sebagai 'sauh' yang memastikan Bhutan terus kekal berada di laluan yang tepat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: