Ini 5 Perangai 'Fussy' Orang Check-In Hotel. Lawak Betul!

"Towel nak extra ah."

  • Bila dah nak menjelang hari raya ni, korang semua mesti ada yang dah plan untuk balik kampung belah suami atau belah anda. Betul tak?

    • Tapi macam mana pula kalau bila balik kampung, rumah terlalu kecil untuk masukkan semua adik-beradik dan anak-anak mereka yang akan ada juga nanti. Memang full-house rumah nanti! Maklumlah, bila dah besar masing-masing akan bawa pasangan masing-masing balik raya.

      Memang meriah tapi bila nak tidur memang kena fikirkan cara lain. Contohnya, tidur di rumah mak saudara yang lain ke, tidur beramai-ramai di ruang tamu ke atau tidur di hotel berdekatan. Mestilah anda inginkan tempat tidur yang sesuai untuk tidur kan? Hotel lah jawabnya..

  • Kami senaraikan perangai orang yang banyak songeh masa tengah check-in hotel. Antaranya:

  • 1. Bila sampai je kaunter untuk check-in, terus minta macam-macam

    • Sampai je hotel, tak lain tak bukan, terus minta penyambut tetamu untuk sediakan tuala lebih, shampoo lebih, sabun lebih, air mineral lebih, kopi lebih, teh lebih dan macam-macam lagi. Walaupun tak akan sempat guna semua.

  • 2. Nak tukar bilik sebab view tak cantik

    • Ada juga yang jenis lepas dah masuk bilik, call receptionist untuk tukar bilik sebab tak puas hati pemandangan bilik tak cantik. Aiyoo..!

  • 3. Tak ikut waktu untuk check-in

    • Waktu untuk check-in selalunya adalah pukul 2pm atau 3pm, tapi bila tersampai awal, ada pula yang jenis nak ikut timing dia untuk check-in sebelum pukul 3pm. Tak boleh ya macam tu, housekeeper pun ada bilik yang perlu dikemas lepas orang lain check-out.

  • 4. Nak tambah breakfast voucher untuk kanak-kanak tanpa sebarang charge

    • Bila anda book bilik, mestilah harga akan lebih murah jika anda membeli pakej bilik tanpa breakfast kan? Tapi kalau nak breakfast dengan keluarga, kenalah keluarkan bajet lebih sikit termasuk untuk anak yang sudah berumur 12 tahun keatas. Jangan minta free pula ya..

  • 5. Request benda pelik-pelik kepada receptionist

    • Benda ini memang jarang terjadi tapi bila jadi je mesti receptionist tu rasa pelik gila sebab ada orang mintak benda yang tak sepatutnya ada di hotel. Contohnya, charger phone, iron lurus rambut, baldi untuk rendam baju yang terkena sambal, tali leher dan sebagainya.

  • Macam-macam bukan? :D

    Kalau anda ada lagi pengalaman yang ingin dikongsikan bersama kami tentang perangai fussy bila orang check-in hotel, boleh komen di bawah!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Ini pula perangai lawak orang yang berpuasa. Aduh kelakar betul!

  • Baju raya dah beli belum? ;)

  • Kalau korang jenis tak reti buat keputusan nak makan mana, refer senarai ini:

Most-read stories today

Leave a comment