seismik

“Ini Tidak Lucu, Ini Nonsense!” - Lelaki Ini Komen Isu Murid Beri Surat Cinta Kepada Guru

Sepatutnya selepas viral kes ini, kita risau bukan ketawa.

Cover image via SAYS

Artikel ini ditulis oleh Dr Syahr Musafir di laman Facebook, kemudian diambil dan dikongsi semula di SAYS atas kebenaran beliau.

INI TIDAK LUCU!

Terbaru, ada satu kes viral - ‘Jangan Mainkan Cinta Saya Boleh?’ – Gara-Gara Senyum Pada Pelajar Lain, Cikgu Dapat Surat Cinta - Seorang guru lelaki menerima surat cinta daripada seorang pelajar perempuan, sudah berlaku berkali-kali, atas alasan CINTA.

Saya pelik kenapa orang ramai share berita ini dengan komen "Alahai, lucunya...", "Kelakar betul.." dan sebagainya.

Tanpa menyalahkan mana-mana guru atau lelaki/wanita, saya ingin menarik perhatian kita semua bahawa situasi seorang pelajar sekolah rendah, umurnya 7 hingga 12 tahun, 'mencintai' seseorang sehingga bersurat-surat cinta, adalah TIDAK MELUCUKAN.

Fitrah manusia menyukai lelaki handsome (atau wanita cantik), atau nak bercinta, atau nak bergurau, saya tak nafikan, saya tak bantah.

TETAPI TIDAK WAJAR berlaku pada peringkat kanak-kanak yang berada dalam Darjah 5 (usia baru 11 tahun!) sehingga BERANI menghantar surat cinta kepada seorang GURU. THIS IS NOT NORMAL, AT ALL! Apatah lagi apabila kita seolah-olah membenarkan dan membiarkan hal ini berlaku. So weird.

facebook.com

1) BUKAN USIA UNTUK BERCINTA

Para pelajar sekolah, sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) dan menengah (13 hingga 18 tahun) BUKAN usia untuk bercinta dan mencari jodoh. Saya ulang, SEKOLAH BUKAN TEMPAT BERCINTA.

Sepatutnya sepanjang usia sebegini setiap pelajar diperhebatkan dengan aktiviti mencari ilmu dan mengoptimumkan kemampuan diri.

Bukan diajarkan apa itu cinta.

Sepatutnya sepanjang usia sebegini setiap pelajar dididik tentang batas pergaulan lelaki dan wanita, didedahkan dengan bahaya zina dan rogol, tentang jenayah seksual dan sebagainya.

Bukan dibenarkan bercinta.

UPSR pun belum lepas lagi, dik oit!


2) KENAPA INI BERLAKU? APA PUNCANYA?

Sudah pasti kita tidak menyalahkan cikgu yang berpakaian kemas dan tampak kacak atau cantik, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak menyalahkan si pelajar yang baru nak 'up' tersebut. Juga pada masa yang sama kita tidak menyalahkan ibu bapa. Jadi, siapa yang salah?

Jangan cari siapa yang bersalah.

Tetapi cari punca kenapa ini berlaku?

Adakah kerana lambakan drama dan filem cinta 'mengarut' yang kononnya sweet di televisyen? Dilabel sebagai U (untuk tontonan umum) tetapi sebenarnya 18SX?

Adakah kerana media sosial yang terlalu TERBUKA dan easy-access, seperti WeChat, ditambah pula dengan faktor rakan-rakan yang peer-pressure dalam isu couple dan cinta monyet, yang akhirnya mendorong anak-anak kita untuk terlibat dalam isu cinta sejak dari usia sekolah rendah?

Adakah semua ini berlaku kerana sikap KITA, ya KITA, yang bermudah-mudah dengan pergaulan lelaki dan wanita, membenarkan anak-anak menggunakan telefon dan internet sesuka hati sejak kecil dan belum matang?

Saya menyeru,

Pantau anak-anak kita, dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka pakai, apa yang mereka tonton, dengan siapa mereka bermesej ber-whatsapp ber-Facebook, APA YANG MEREKA BORAK DAN SEMBANG, bagaimana sikap anak-anak kita DI BELAKANG KITA.

facebook.com

3) SEKSUAL? ATAU ANGAN-ANGAN BIASA?

Bagi saya, seseorang anak pelajar seusia 10 hingga 12 tahun amat berani untuk menulis surat cinta dan menghantarnya kepada seseorang pelajar yang sebaya dengan umurnya.

TETAPI menulis dan menghantar surat cinta kepada seorang dewasa, lebih-lebih lagi seorang guru, adalah 'SANGAT' berani dan 'melampaui batas' usianya.

Berani bebenor!

Apa yang mendorong anak-anak ini sehingga mempunyai keberanian sebegitu?

Adakah kita, atau masyarakat kita, 'mengajar' hal ini kepada anak-anak pelajar sehingga mereka berani sampai begitu sekali?

Satu perkara yang SANGAT PENTING adalah, adakah mereka berani kerana suka-suka sahaja, atau ada melibatkan elemen seksual yang menyebabkan mereka terbuka untuk meluahkan rasa cinta kepada seseorang?

Saya tidak menuduh.

Tetapi berdasarkan beberapa buah sekolah rendah yang saya hadiri untuk memberikan ceramah motivasi, saya pernah bertanyakan 112 orang pelajar Darjah 6 tentang satu soalan iaitu "Siapa yang pernah menonton video lucah?" dan jawapannya adalah 106 orang pelajar (94%) PERNAH menonton video lucah seawal umur 10 tahun.

Ya, saya ulang, 10 tahun.

Cubalah bayangkan kalaulah si pelajar perempuan yang menulis dan menghantar surat cinta ini adalah kerana NAFSU, sedikit atau banyak, adakah kita masih nak ketawa pada kejadian surat yang viral ini???

Please la... Umur bawah 15 tahun kot, buat apa nak fikir pasal nak bercinta? Lagi-lagi pasal sakit hati si 'pakwe' senyum kat orang lain? Aduiiii...

facebook.com

4) BUKAN KETAWA, TETAPI RISAU

Sepatutnya selepas viral kes ini, KITA RISAU, BUKAN KETAWA.

Ibu bapa kena jaga-jaga anak, supaya tidak buat perangai sebegini.

Ni nasib baik dia hantar kepada cikgu sekolahnya yang baik. Kalau dia hantar surat kepada seorang dewasa, tak kiralah cikgu atau pak cik pengawal keselamatan atau sebagainya, yang pedofil dan 'minat budak', apa jadi? Aduh, tak terbayangkan kesannya.

Ibu bapa janganlah sesekali bangga apabila anak-anak kecil kita seusia bawah 15 tahun sudah punya boyfriend atau girlfriend - ingat molek ke budak umur 12 tahun ada awek? BURUK, Abang oi, Kakak oi!

Guru-guru, sebaik-baiknya, banyakkan nasihat para pelajar supaya tidak bercinta dan jadikan kes ini sebagai contoh - supaya anak-anak pelajar TIDAK melakukannya.

facebook.com

5) THIS IS NOT NORMAL, THIS IS NONSENSE

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Berita Harian semalam melaporkan "Bapa berusia 37 tahun berdepan 600 dakwaan liwat, rogol anak perempuan berusia 15 tahun" - ya, ini kejahatan si bapa dan lelaki dayus, tetapi ambillah pengajaran supaya PEDOFIL sebegini TIDAK menjadikan anak-anak kita sebagai mangsa atas sikap kita yang bermudah-mudah ataupun menganggap keberanian surat cinta budak 11 tahun kepada seorang dewasa adalah sesuatu yang melucukan.

Kita sepatutnya kongsi surat cinta pelajar ini dengan bantahan "KITA TIDAK SEPATUTNYA MEMBIARKAN ANAK-ANAK KITA MENULIS SURAT CINTA SEBEGINI" bukannya dengan tulisan "Comelnya ayat cinta budak ini kepada gurunya...."

Cukup-cukup cerita mengarut di TV yang kononnya tunjuk lelaki-perempuan sentuh itu ini tanpa kahwin itu sweet romantis. Takkanlah kita sebagai masyarakat nak tunjuk konon-kononnya budak kecil hantar surat cinta kepada orang dewasa pun dikira sweet juga? This is nonsense.

Kalau saya yang terima surat sebegini, on that spot saya akan pastikan seorang guru perempuan memanggil pelajar itu untuk kaunseling. CONFIRM!

Apa nak jadilah dengan orang kita ni...

Post saya yang ini, TOLONG SHARE DAN SEBARKAN supaya kita sama-sama dapat buka minda dan perbetulkan cara fikir.

facebook.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hangat sebelum ini:

You may be interested in: