"Jangan Gunakan Alasan Islam Untuk Mewajarkan Perkahwinan Bawah Umur" - Sisters In Islam

Ramai menganggap gadis itu sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak.

  • Dua hari lepas, Malaysia digemparkan dengan berita tentang perkahwinan seorang lelaki beristeri dua berusia 41 tahun bersama seorang gadis yang baru mencecah usia 11 tahun

    • Perkahwinan dikatakan berlangsung di Selatan Thailand baru-baru ini dengan ditemani rakan-rakan lelaki tersebut.

      Meskipun dikecam dan dihentam teruk di media sosial, lelaki yang juga bapa kepada 6 orang anak itu tetap enggan melepaskan isteri yang baru dinikahinya itu.

  • Kadi Sungai Golok, Hashim Yusoff berkata pernikahan pasangan ini adalah sah dan mengikut hukum syarak atas 4 sebab iaitu:

    • 1. Gadis itu berasal dari sebuah daerah di selatan Thailand,
      2. Sudah baligh,
      3. Dinikahkan tanpa paksaan,
      4. Dan dipersetujui ibu bapanya.

  • Isu ini telah mendapat perhatian hangat daripada netizen yang menganggap gadis itu sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak dan tidak dinikahkan atas nama agama

    • Dr Amalina Bakri turut menyuarakan pendapat yang sama. Agama tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk seseorang mengahwini budak di bawah umur.



  • Sementara itu, badan dakwah Sisters in Islam (SIS) menegaskan bahawa perkahwinan bawah umur tidak sepatutnya dibenarkan berlaku di Malaysia

    • Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, SIS berkata kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pembasmian perkahwinan bawah umur.

      "Selagi kerajaan enggan mengambil tindakan tegas terhadap isu moral seperti perkahwinan kanak-kanak, selagi itulah akan ada orang yang terus menderita dan menerima padahnya. Lebih malang, penderitaan ini bukan sesuatu yang baru," kata kenyataan itu.

      "Kami mendapati hampir 153,000 kanak-kanak di bawah umur 19 tahun berkahwin di Malaysia dan kebanyakannya dari masyarakat Melayu Islam. Daripada jumlah ini, 80,000 adalah perempuan.

      "Kemiskinan adalah faktor utama perkahwinan kanak-kanak di dunia. Namun di Malaysia, agama, kepercayaan, dan sebab-sebab berkaitan seksual adalah pemacu utama perkahwinan bawah umur dilangsungkan."

  • SIS turut berpendapat bahawa syarat-syarat lain juga perlu diperketat dalam kes perkahwinan lelaki 41 tahun ini kerana perkahwinan itu juga adalah poligami

    • "Oleh kerana kes perkahwinan bawah umur ini juga adalah poligami, syarat-syarat isteri lelaki mesti dipertimbangkan dengan serius, di samping keperluan undang-undang dan keizinan untuk mengambil lebih ramai isteri.

      "Ini termasuk keupayaannya untuk bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada semua isteri dan ahli keluarganya secara adil dan saksama.

      "Bagi mengelakkan insiden sebegini daripada berlanjutan di Malaysia, perkahwinan kanak-kanak mesti segera diharamkan di negara ini untuk semua kanak-kanak, tidak kira Islam atau bukan Islam, tanpa sebarang pengecualian," kata SIS.

    • Baca kenyataan penuh di sini.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Baca cerita penuh DI SINI:

Most-read stories today

Leave a comment